Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Thursday, October 27, 2011

Mesyuarat AJK Kali ke 6/2011

Kepada semua AJK dimaklumkan Mesyuarat AJK Kali ke 6/2011 akan diadakan pada ketetapan
berikut.
  • Tarikh : 28 Oktober 2011 (Jumaat)
  • Masa : 9 malam
  • Tempat : Bilik Gerakan Belia MAYC Simpang Bekoh
Agenda
  1. Ucapan Pengerusi.
  2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.
  3. Bangkitan minit
  4. Membentang laporan kewangan berakhir 30 September 2011
  5. Laporan Aktiviti sehingga Oktober 2011
  6. Laporan Kompang dan Kendarat
  7. Korban Kelompok
  8. Lawatan Ke BEDUMA
  9. Hal-hal lain.

Kehadiran amatlah diharapkan untuk sama2 bangun serta majukan belia kita...

BELIA KITA TANGGUNGJAWAB KITA ....

Wednesday, October 12, 2011

Kursus Pembuatan Simen Fero dan Kursus Masakan (Kek)

Satu Kursus Pembuatan Simen Fero dan Kursus Masakan (Kek) telah dianjurkan bersama oleh KRT dan MAYC Simpang Bekoh pada 8 dan 9 Oktober yang lepas. Kursus ini telah mendapat kerjasama Kolej Komuniti Selandar di mana segala peralatan dan bahan-bahan kursus dibawa oleh mereka.

Moga selepas ini, semua peserta kursus dapat memparktikkan sendiri apa yang telah dipelajari sepanjang 2 hari tersebut. Majlis penutup kursus tersebut telah dirasmikan Timbalan KRT Simpang Bekoh, En Rosli bin Ibrahim. Turut hadir Setiausaha JKKK Spg Bekoh, EN Abd Halim bin Ghani.

Siapa2 yg ingin menempah kerusi simen fero boleh lah tempah dengan kami yee.....harga boleh bincang.....:))

Photobucket




Monday, October 3, 2011

Rumah Terbuka MAYC Simpang Bekoh 2011

24 September 2011 - Majlis Rumah Terbuka MAYC Simpang Bekoh telah dijalankan dengan meriahnya. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Alamanda Jasin di mana dibuat khas untuk seluruh ahli2 belia yang telah bertungkus lumus membantu menjalankan serta melaksanakan segala aktiviti persatuan. Turut hadir pada malam tersebut adalah YB Adun Kawasan Rim, En Mohd Yazed binn Khamis, Pengerusi MAYC Jasin, Zulhafni Mohd Rahis, Pengerusi JKKK Spg Bekoh, Hj Abu Bakar bin Ahmad seta SU JKKK, Abd Halim Ghani.

Tahniah dan syabas kepada semua yg dapat hadir. Moga Tahun depa kita akan adakan di tempat lain pula.

Turut diumumkan pada malam tersebut :

TOKOH BELIA MAYC SIMPANG BEKOH 2011 (Azman b Idris)

ANUGERAH BELIA HARAPAN 2011 (Mohamad Najib bin Tambi)

PAKAIAN TERCANTIK LELAKI (Mohd Faizil)

PAKAIAN TERCANTIK WANITA (Samsiah Ibrahim)

Gambar bersama YB Dun Rim (Mohd Yazed bin Khamis)


Photobucket

Mesyuarat AJK kali ke-5 / 2011 MAYC Simpng Bekoh


15 Sept 2011 - Mesyuarat AJK Kali ke 5/20111 telah dijalankan dibilik gerakan AMYC Simpang Bekoh. Alhamdulillah banyak perkara telah dibincangkan antaranya berkenaan Rumah terbuka, kompang, kendarat dan lain-lain.

Thanks kpd semua ajk yang hadir... :p

Takbir Raya

29 Ogos 2011 - MAYC Simpang Bekoh telah menjalankan aktiviti Takbir sempena Syawal yang menjelang. Seramai 16 orang ahli telah menyertainya yang dimulakan di rumah Pen SU Encik NBT...

Program ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli disamping dapat menjana dana persatuan. Takbir ini telah diketuai oleh Ustaz Raja....

Kompang Warisan at Jasin Bus Station


26 Ogos 2011 - Kompang Warisan MAYC Simpang Bekoh telah mendapat tempahan untuk majlis Perasmian Bas Panorama di Stesyen Bas Jasin. Walaupun dalam bulan puasa namun ahli2 kompang tetap bersemangat untuk bermain kompang. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Datul Hj Ghazalie...

Tahniah semua barisan Kompang Warisan MAYC Simpang Bekoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...