Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Saturday, January 28, 2012

Program Muhibbah Belia MAYC Simpang bekoh bersama keluarga Pn Hjh Azizah bt Hj Ihsan

22 Januari 2012 - Satu program yang dianjurkan oleh keluarga Pn Hjh Azizah bte Hj Ihsan bersama Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga dan juga ahli-ahli belia di Simpang Bekoh. Majlis yang berlangsung seawal jam 8 pagi itu dan tamat kira-kira jam 7 malam telah dihadiri oleh seramai 150 ahli keluarga dan juga ahli-ahli belia..

Dikurniakan usia yang panjang dan kesihatan yang baik, Pn Hjh Azizah, pada usia 90 tahun mempunyai 13 anak dan masih boleh mengenal semua cucunya seramai 48 orang dan cicit seramai 6 orang. Beliau juga masih boleh menceritakan pengalaman hidupnya. Beliau gembira dan besyukur kerana ahli keluarganya dapat berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama para belia di Simpang Bekoh. .

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membakar ikan, ayam dan kerang serta pelbagai jenis makanan lain, sukaneka diantara pihak keluarga dan para belia, majlis tahlil dan doa selamat serta persembahan multimedia dari pihak keluarag Pn Azizah.

Saya bagi pihak MAYC Simpang Bekoh ingin merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH pada keluarga beliau kerana sudi mempelawa persatuan ini untuk turut serta menjayakan program tersebut....Syukran Jazilan.......

Ada tahun jumpa lagi yeeee.... :)

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Spg Bekoh kali ke 3 / 2012

Alhamdulillah Majlis Mesyuarat Agung MAYC Simpang Bekoh telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 21 Januari yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin. Turut hadir pada malam tersebut adalah YB En Mohd Yazed bin Khamis, ADUN Rim, Setiausaha MAYC Melaka, En Shahrom bin Mohd, Naib Pengerusi 2 MAYC Jasin, Cik Nurul Widayu, Bendahari MAYC Jasin, En. Hairudin Bakar, Pengerusi JKKK Spg Bekoh, Tn Hj Abu Bakar Ahmad, serta beberapa wakil MAYC Jasin.

Kehadiran ahli pada malam tersebut amat menggalakkan di mana seramai 64 ahli hadir. Semua ahli belia turut mendapat tuala MAYC simpang Bekoh, pen, air mineral dan juga buku program. Kepada semua Jawatan Kuasa yang telah dipilih pada malam tersebut, sekalung tahniah dan syabas diucapkan. Berikut adalah Senarai Jawatankuasa Penuh bagi sesi 2012-2013:

1. Pengerusi - Abdul Latif bin Arshad

2. N/Pengerusi 1 - Zulkifli bin Atan

3. N/Pengerusi 2 - Rosnani bte Zulkifli

4. Setiausaha Kehormat - Asrul Khan bin Sher Jang Khan

5. Pen. Setiausaha - Raja Shahrezal bin Raja Azhar

6. Bendahari Kehormat - Mohd Najib bin Tambi

7. AJK - Azman bin Idris

8. AJK - Mohd Rizal bin Isa

9. AJK - Mohd Fauzan bin Hj Mat Sari

10. AJK - Hj Zaini bin Ab Karim

11. AJK - Amirul Azmi bin Roslan

12. AJK - Khairul Nizam bin Yacob

13. AJK - Ayu bin Idris

14. AJK - Ismalinda bte ahmad

15. AJK - Ahmad Hafizul Naim bin Ali

16. AJK - Muhd Ashraff bin Nor Rizan

17. AJK - Mohd Fauzi bin Mohd

18. Pemeriksa kira 1 - Mohd Shafikh bin Aminudin

19. Pemeriksa kira-kira 2 - Misa Suriati bt Rambli

Kompang Warisan @ Perasmian Kedai Celcom Service Centre, Jasin

8 Jan 2012 - Kompang Warisan MAYC Simpang Bekoh telah mendapat tempahan untuk majlis perasmian Kedai Celcom Service Centre, Jasin. Seramai 15 orang ahli kompang telah turut hadir untuk majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin.

Tahniah pada ahli paukan kompang Warisan. Moga dapat byk lagi projek2...:)

Mesyuarat Khas AGM kali ke 3 / 2012

7 Jan 2012 - Selamat Tahun Baru buat semua warga MAYC Simpang Bekoh....Satu mesyuarat Khas telah diadakan bagi membincangkan hal berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada hujung bulan Januari ini..Alhamdulillah kehadiran amat menggalakkan...


KEJOHANAN BOWLING MAYC SIMPANG BEKOH

26 Disember 2011 - Kejohanan Bowling MAYC Simpang Bekoh telah julung-julung kalinya dianjurkan oleh persatuan kami. Bertempat di MIBC Ayer Keroh, ianya telah menarik seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada ahli2 belia Spg Bekoh.

3 kategori telah dipertandingkan iaitu kanak2, lelaki dan wanita. Pemenang telah menerima wang tunai, piala dan hamper. tahniah En. Din yang telah memenagi johan kategori lelaki, Pn. Salina kategori wanita dan adik faiz kategori kanak-kanak..

Taun depan kita buat lagi yeee...:)

Kejohanan Boling MAYC Kawasan Jasin

24 Disember 2011 - Satu Kejohanan Bowling MAYC Kawasan Jasin telah dijalankan dan MAYC Simpang Bekoh telah menghantar 1 pasukan untuk kejohahan tersebut. Majlis perasmian pembukaan telah dilaksanakan oleh En. Azman bin Abdullah selaku Pengerusi MAYC Negeri Melaka.

Alhmdulillah pasukan MAYC Simpang Bekoh telah mendapat tempat ke 5 dari 15 pasukan yang bertanding. Syabas dan tahniah....


Tempahan Simen Fero

Alhamdulillah persatuan kami telah mendapat tempahan simen fero sebanyak 6 set. Ini merupakan sumber kami untuk mencari dana untuk menggerakkan lagi persatuan. Kerja-kerja ini dibuat secara gotong royong di antara ahli2 yang sanggup berpanas untuk menyiapkan 6 set ini. Hampir 5 hari kesemua 6 set simen fero ini telah berjaya disiapkan....

Terima kasih kepada ahli2 yang sanggup membantu...harap2 ada lagi tempahan selepas ini.

Friday, January 20, 2012

Karnival Sukan MAYC Kebangsaan

17 Disember 2011 - Kanival Sukan MAYC Kebangsaan kali pertama telah dijalankan di Melaka. Saya telah dilantik sebagai Pengerusi Teknikal Sukan Sepak Takraw bagi karnival tersebut. Alhamdulillah ianya dapat berjalan dengan baik sekali tanpa sebarang masalah. Pasukan sepak takraw Melaka telah diwakili oleh ahli belia dari Persatuan saya sendiri.

Tahniah pada pasukan sepaktakraw Melaka yang telah mendapat naib johan. Tewas pada pasukan Terengganu pada peringkat akhir...


AGM MAYC Kebangsaan Kali ke 51

16 Disember 2011 - MAYC Simpang Bekoh telah menghantar 1 perwakilan dan 6 pemerhati ke AGM MAYC Kebangsaan yang lalu. Saya juga dipilh dari MAYC Jasin untuk menjadi perwakilan pada kali ini. AGM kali ini telah diadakan di Ayer Keroh D'Village bermula jam 8 malam dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. ...Kira-kira 1000 orang telah hadir dari seluruh Malaysia ke Melaka kali ini dan ianya berlaku secara aman dan tiada gangguan.

Selaku AJK MAYC Negeri Melaka, saya juga sibuk membuat persiapan untuk AGM ini. Kira seminggu sebelum AGM, saya tidur sekitar jam 3-4 pagi...Alhamdulillah selesai juga...Tahniah kepada semua warga MAYC Melaka kerana berjaya menjadi penganjur yang hebat....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...