Program yang julung kalinya dibuat di luar Negara ini bertujuan ntuk menyampaikan sumbangan di Masjid Al Zihad di kampung Bintan Berkapur, dan juga bertujuan untuk menjejak warisan sejarah di sana.
Program ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Majlis Belia Kepulauan Riau di mana sambutan yang diterima sungguh menakjubkan. Mereka sangat menghormati tetamu dan melayan peserta dengan begitu baik.
Peserta telah dibawa melawat Gunung Bentan yang banyak tertera sejarah berkenaan Laksamana Bentan. Selain itu juga perserta dibawa melawat makam Kerabat Tun Teja, Makam Raja Ali Haji serta tempat tempat bersejarah yang lain.
Pada keseluruhannya, lawatan ini adalah cukup bermanfaat untuk peserta program dan kita percaya ini akan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Melaka dan Tanjung Pinang kerana terdapat banyak sejarah yang boleh diteroka seperti melawat Kota Gurindam, Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat untuk melihat kesan sejarah Melayu dan perkembangan Bahasa Melayu seperti Gurindam 12 oleh Raja Ali Haji.
Tambahan pula terdapat sebuah masjid yang diperbuat dari putih telur dan dibina tanpa menggunakan sebatang besi iaitu Masjid Raya Sultan Riau. Selama ini mungkin kita hanya membaca buku tentang perkara tersebut tetapi apabila dapat melihat sendiri peninggalan sejarah tersebut ianya sangat bermakna.
Turut menyertai program tersebut adalah En. Abu Bakar bin Md. Sudi, Kordinator Biro Belia Dunia Melayu Dunia Islam, En. Muhammad Bakhtiar bin Raihan, AJK Biro DMDI, Ahli Jawatankuasa MAYC Kawasan Jasin serta wakil kelab gabungan MAYC Kawasan jasin.
Ketika di Jeti Setulang Laut dan Jeti Tanjung Pinang
Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Majlis Belia Kepulauan Riau
Dihadapan Hotel dan gambar di kaki Gunung Bentan
Menyampaikan sumbangan di Masjid AL Zihad kampung Bentan Berkapur
Menyampaikan cenderahati kepada ketua kampung Bentan Berkapur
Suasana di Pantai Lagoi...Tersangatlah cantik
Makam Raja Ali Haji yang terkenal dgn Gurindam 12
Di hadapan Kompleks makam
Di hadapan Masjid yang diperbuat dari putih telur, Masjid Sultan Riau.