15 September 2012 - Majlis Rumah Terbuka kami dijalankan dengan sederhana. Tanpa PA Sistem, tanpa musik dan tanpa cabutan bertuah. Ini adalah kerana bagi menghormati kematian adik perempuan pengerusi kami yang berlaku betul-betul petang sebelum majlis kami ini. Pengerusi kami juga tidak dapat turut serta kerana menguruskan jenazah di hospital.
Majlis bertukar menjadi majlis tahlil buat ahwah dan seterusnya jamuan makan. Pada asalnya kami ingin membatalkan majlis ini tapi bila difikirkan tetamu sudah dijemput kami jalankan juga. Terima kasih atsa sokongan semua ahli dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan Rumah Terbuka kita ini.....