Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Monday, January 25, 2010

GOTONG ROYONG DI BALAI RAYA TMN KASTURI

Seramai lebih 10 orang ahli MAYC Simpang Bekoh telah hadir dan membantu dalam majlis Gotong-royong bulanan yang dianjurkan oleh JKKK Simpang Bekoh pada 24 Januari yang lalu.


Kawasan yang terbabit adalah di sekitar Balai Raya Tmn Kasturi Spg Bekoh.. Antara aktiviti yang dijalankan seperti menbang 2 batang pokok besar, memesin ruput, menyapu sampah dan berbagai-bagai lagi…


Thanks to all members for your support……









Sunday, January 24, 2010

DEMONTRASI AMAN

Saya bersama En. Abd. Latif telah menyertai Demonstrasi Aman mengutuk permohonan akbar The Herald menggunakan kalimah Allah. Demonstrasi tersebut diadakan di hadapan Hotel Avillion Legacy sebelum mensy Agung MGBM dijalankan.

Kira-kira 100 ahli belia telah hadir untuk menunjukkan pada demonstrasi tersebut. SAYA BERSAMA2 AHLI MAYC SPG BEKOH MENENTANG KERAS PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI PENGANUT KRISTIAN.




AGM MAJLIS GABUNGAN BELIA MELAKA (MGBM)

Mesyarat Agung Majlis Gabungan Belia Melaka telah diadakan pada 3 Jan 2010 bertempat di Hotel Avillion Legacy Bandar Melaka jam 2 petang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku ketua Menteri Melaka.

Wakil MAYC Spg Bekoh terdiri drpd saya dan En Abd Latif selaku perwakilan. Tahniah kepada En Zaidi yg telah menang tanpa bertanding selaku Pengerusi MGBM yang baru serta Timbalannya En. Azman Abdullah.


Datuk Seri sebelum mesyuarat bermula.


Saya bersama perwakilan yang hadir

Ucapan Perasmian Oleh YAB Ketua Menteri Melaka.


Nizam Omar sebelum memberi ucapan sebelum pemilihan bermula.

Add Image

Friday, January 8, 2010

CERAMAH MAAL HIJRAH

Seramai 5 orang ahli persatuan ini telah hadir mendenngar ceramah Maal Hijrah di Madrasah Assyakirin Spg Bekoh pada 31 Disember 2009. Ceramah ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Azli Khalid bin Hj. Abu Khir dari SMA JAIM Selandar. Banyak intipati dan info yang dapat kita gunakan dalam ceramah tersebut..
.ALLAHUAKBAR!!!!
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Ustaz yang sedang memberi ceramahnya.

Para hadirin yang khusyuk memndengar ceramah.

Saturday, January 2, 2010

Mini Gotong Royong

Seramai lebih kurang 8-9 orang ahli Persatuan telah menghadiri mini gototng royong untuk mengemaskan pokok yang tumbang di tanah wakaf padang lebar, Spg Bekoh pada 24 Disember yang lalu. Pokok besar yang tumbang itu telah menimpa beberapa kubur yang berhampiran. Kami terpaksa menggunakan chain saw untuk memotong kayu tersebut berikutan pokok ynag tumbang itu terlalu besar.

Aksi memotong dahan

Bersama rakan seperjuangan

Besar tu batang pokoknya

Potong lagi

Gigih...

Badang2..Tak boleh angkat sorang woo..

Nak bakar..

Api mula marak

Di akhir-akhir program..

Friday, January 1, 2010

AGM MAYC Negeri Melaka..

Tahniah kepada En. Azman bin Abdullah kerana telah dipilh sebagai Pengerusi MAYC Negeri Melaka. Saya bersama En. Abd. Latif telah hadir pada mesyuarat Agung tersebut yang berlangsung pada 23 Disember 2009 di Hotel Grand Continental, Bandar Melaka.

AGM tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. AB Wahab bin Hj. Abdul Latib. Beliau merupakan mantan Pengerusi MAYC Negeri Melaka.

Sebelum AGM bermula
En. Azman sedang memberikan ucapannya..

Perasmian yang disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Ab Wahab

Pengerusi MAYC Kaw. Jasin, En Zulhafni dan Timbalannya..(saya lah tu..)

Dari kiri En. Hairuddin (MAYC Petala, Tehel), En Abd. Latif (MAYC Spg Bekoh), Saya lah tu.. dan mantan Pengerusi MAYC Kaw. Jasin, En Abu Bakar bin Md Sudi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...