Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Monday, March 22, 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Seramai lebih kurang 60 peserta telah menghadiri Satu Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Persatuan Belian MAYC Simpang Bekoh. Kursus yang dijalankan ini adalah dengan kerjasama Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka serta Lembaga Madrasah Assyakirin Simpang Bekoh. Para peserta terdiri dari kalangan belia dan juga warga penduduk Simpang Bekoh. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Nor Azam bin Hj Ismail dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Kursus ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada jam 1 tengahari. Sebelum bermula para peserta telah diberikan senaskah fail beserta alatan tulis, buku pengurusan jenazah serta nota ceramah dan dimulakan dengan slot teori dan selepas minum pagi dijalankan slot paraktikal.

Majlis penutup kursus ini telah dirasmikan oleh YB Mohd Yazed bin Kamis ADUN kawasan Rim. Turut serta pada majlis penutup tersebut adalah Pengerusi Majlis Al Hidayah Kampung Chabau, Tn Hj Rosli bin Mohd Nor serta Setiausaha MAYC kawasan Jasin Sdr. Mohd Helmi bin Abdullah.







Thursday, March 11, 2010

PANEL ANUGERAH BELIA TANI

Sebagai rasa tanggungjawab dan setiakawan, saya dan beberapa orang dari MAYC spg Bekoh telah hadir memberikan sokongan kepada Pengerusi Per. Belia Chabau Alaf Baru, En. Nor Azmi Idris. Beliau telah bertanding untuk Anugerah Belia Tani Peringkat negeri Melaka..

Harapan kami agar beliau berjaya menewaskan pencabar yang lain..
To. Mr Azmi... we support you...

Gambar semasa panel2 Anugerah Belia Tani hadir ke ladang beliau pada 10 Mac 2010 jam 10.40am..(masa kerja tu, tp keluat jap bg sokongan kt azmi ni..).

Wednesday, March 10, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

Sekitar majlis sambutan Maulidur Rasul di Madrashah Assyakirin Simpang Bekoh pada 26 Feb yang lalu. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanef Md Zin Al Yamani dari Sek. Tinggi Agama Assofa, Rembau NS.Agenda program tersebut :
  • Gotong royong membersihkan kaw. surau
  • Gotong royong menyediakan jamuan maulidur Rasul
  • Berzanji dan marhabban oleh kaum wanita
  • Bacaan selawat ke atas Nabi
  • Ceramah
  • Jamuan
Thanks to all MAYC members who support this programme...








MESYUARAT MGBD JASIN

Foto semasa mesyuarat MGBD Jasin pada 2 Feb 2010..




Thursday, March 4, 2010

MAKAN MALAM BERSAMA PM

Salam..
Kami MAYC Simpang Bekoh mengalu-ngalukan kehadiran YAB PM kita datang ke melaka pada 4 Feb 2010 yang lalu. Sebagai tanda terima kasih atas kehadiran beliau kami telah menghantar satu bas ke program tersebut di mana ahli-ahli kami sebanyak 15 orang dan selebihnya penduduk kampung..





Tuesday, March 2, 2010

BADMINTON TERTUTUP SIMPANG BEKOH

Pada 31 Jan yang lalu, Persatuan ini telah mengadakan Kejohanan Badminton Tertutup Spg Bekoh yang telah diadakan di Dewan Lipat Kajang Jasin.

Kejohanan ini adalah acara sulung yang diadakan di luar kaw. Spg Bekoh. Ianaya telah berjaya menarik 10 regu. Perlawanan tealh dibahagikan kepada 4 kumpulan dan johan setiap kumpulan secara automatik layak ke separuh akhir.

Perlawanan akhir telah dimenangi oleh Regu Abd. Latif dan Lau Hock Guan. Mereka telah berjaya menewaskan Regu Nor Rizan dan Mat cengkol..Tahniah diucapkan.
Hadiah Merupakan wang tunai sebanyak RM 200 dan hadiah iringan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...