Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Wednesday, October 31, 2012

KORBAN KELOMPOK 1433H

25 November 2012 - Majlis Korban Kelompok kami selesai dijalan. Alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih. 4 ekor lembu telah disembelih dan diagih2kan pada fakir serta seluruh penduduk Simpang Bekoh. Terima kasih pada Tuan Rumah En. Nor Rizan kerana sudi menjadi tuan rumah untuk tahun ini.

Terima kasih pada semua yang membantu, Kira-kira hampir 85 orang yang hadir pada majlis tersebut. Terima kasih juga pada YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam kerana turut menyumbang seekor lembu untuk kami..






Tuesday, October 30, 2012

LAWATAN KE PUTRAJAYA DAN PD

20 Okt 2012 - Lawatan ke Putrajaya dan PD telah berjaya dijalankan dengan tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.. Seramai 75 orang telah pergi  melawat sekitar Putrajaya dan Port Dickson. Suatu pengalaman yang sangat baik dan ahli2 kami juga dapat merehatkan minda mereka setalah hampir setahun bertungkus lumus membantu persatuan menjayakan segala aktiviti yang dirancang.

Namun disebalik kegembiraan itu kami juga berdukacita keran pengerusi kami tidak dapat turut serta dalam lawatan ini kerana ada kematian di kampung dan khidmat beliau amat diperlukan di sana. Walaubagaimanapun beliau juga dapat hadir dan memberi semangat sebelum bas kami bertolak. Turut serta pada pagi tersebut ialah Pengerusi JKKK kami, Tn Haji Abu Bakar bin Ahmad.


Sebelum bertolak dari kampung
Bergambar di Putrajaya

Wednesday, October 17, 2012

Lawatan ke Putrajaya dan Port Dickson

Salam buat semua warga MAYC Simpang Bekoh...Satu LAWATAN PENGERAT KASIH (Putrajaya-Port Dickson) akan diadakan pada 20.10.2012 ini.

Bergerak dari Taman Kasturi Jam 8 pagi dan semua peserta dikehendaki berkumpul pada jam 7.30 pagi..

Sila bawa baju biru persatuan bersama dan lain-lain kelengkapan sendiri. Makan tengahari dan malam akan disediakan oleh pihak penganjur.


Sila download borang pada link di bawah dan hantar pada urusetia selewat-lewatnya hari Khamis.

click link ini....

atau klik pada gambar ini..


Dilampirkan bersama:  TENTATIF PERJALANAN untuk makluman dan perhatian saudara/saudari

Sunday, October 7, 2012

Takziah buat Pengerusi Kami

15 September 2012 - Hari yang mungkin akan kami kenang sampai bila-bila kerana tarikh tersebut merupakan tarikh pemergian ahli kami yang juga adik kepada pengerusi kami, Abd Latif bin Arshad. Beliau meninggal dalam satu kemalangan yang sangat tragis kerana waktu itu kami sibuk membuat persiapan Rumah Terbuka kami..

 Jam 5.15 petang beliau kemalangan betul-betul di hadapan rumah Latif dan ianya dapat didengari oleh ahli-ahli kami yang sibuk membuat persiapan tersebut. Kami bergegas ketempat kejadian namun Allah lebih menyayanginya..Beliau meninggal ditempat kejadian..

Sebagai satu persatuan yang mengambil berat berkenaan ahlinya, kami tanpa pengetahuan Sdr. latif telah membuat tabung kilat untuk disampaikan kepada ayah kepada Allahyarhamah. Alhamdulillah kutipan amat menggalakkan. Saya mewakali persautan telah menyampaikan sumbangan tersebut...

Sumbangan diserahkan kepada ayah Allahyarhamah, Mat Derus bin Itam

Rumah Terbuka Aidilfitri 1433H

15 September 2012 - Majlis Rumah Terbuka kami dijalankan dengan sederhana. Tanpa PA Sistem, tanpa musik dan tanpa cabutan bertuah. Ini adalah kerana bagi menghormati kematian adik perempuan pengerusi kami yang berlaku betul-betul petang sebelum majlis kami ini. Pengerusi kami juga tidak dapat turut serta kerana menguruskan jenazah di hospital.

Majlis bertukar menjadi majlis tahlil buat ahwah dan seterusnya jamuan makan. Pada asalnya kami ingin membatalkan majlis ini tapi bila difikirkan tetamu sudah dijemput kami jalankan juga. Terima kasih atsa sokongan semua ahli dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan Rumah Terbuka kita ini.....

Friday, October 5, 2012

Mesyuarat AJK Kali ke 4/2012 dan Serahan Cenderahati Raya pada AJK

31 Ogos 2012 - Mesyuarat AJK kali ke 4/2012 telah diadakan di PIB. Sejurus selesai mesyuarat Pengerusi telah menyampaikan cenderahati raya kepada semua AJK kami..Walupun hadiah tidak semahal mana namun ianya cukup untuk menunjukkan yang kami amat prihatin kepada semua AJK kami...

 
 

 



Takbir Raya 1433H

Alhamdulillah tahun ini kami dapat sekali lagi berkumpul pada malam raya untuk bersama sama memuji kepada yang Maha Esa dengan bertakbir di rumah ahli-ahli kami.. Dengan kekuatan seramai 10 orang kami dapat bertakbir lebih kurang 10 biji rumah. Walaupun jam sudah hampir jam 12 pagi namun untuk tidak menghampakan hajat tuan rumah kami terpaksa harungi juga...
Kutipan tabung takbir juga pada malam tersebut , Alhamdulillah amat memberangsangkan...



Jalinan Kasih MAYC Jasin dan MAYC Simpang Bekoh

12 Ogos 2012 - Setelah selesai program Semarak Kasih MAYC Simpang Bekoh, satu lagi program dijalankan pada hari berikutnya bersama-sama MAYC Jasin iaitu Jalinan Kasih...

3 keluarga telah terpilih unttuk menerima sumbangan barangan dan duit raya dari kami iaitu Puan Hendon, En. Pungut dan Puan Mon..Semoga sumbagan kami dapat membantu walaupun sedikit...InsyaAllah....
En. Pungut sekeluarga

Puan Hendon

Puan Rahimah (anak kpd Puan Mon)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...