Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Thursday, April 30, 2015

Keputusan Penuh Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengerusi SRCC Parlimen Jasin, KBS Cup 2015

26 April 2015 -  Berikut adala keputusan penuh pertandingan tersebut:

JOHAN - Paya Tanjung FC
N/JOHAN - Tedong FC
KETIGA - Belia Merlimau Pasir
KEEMPAT - MSN Saujana Asahan

Kesemua pasukan ini kanan mewakili Daerah Jasin ke KBS Cup peringkat Negeri melaka pada 16 dan 17 Mei 2015 di Dataran 1 Malaysia Klebang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini. Tak lupa juga buat Pengerusi SRCC Parlimen Jasin Sdr. Imanuddin Tan Sri Aziz yang sudi menjadi penganjur bersama. Seterusnya semua warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin serta semua AJK MAYC Simpang Bekoh yang bertungkus lumus menjyakan kejohanan ini,


Pasukan yang beraksi di perlawanan akhir. (tedong FC vs Paya Tanjung FC)
Persamian perlawanan akhir disempurnakan oleh Sdr Imanuddin Tan Sri Aziz

Ucapan Perasmian Penutup

Penyampian Flyers Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka oelh Pengerusi MAYC Simpang Bekoh kepada sdr Imanuddin 
Johan - Paya Tanjung FC

Naib Johan - Tedong FC
Ketiga - Belia Merlimau Pasir FC
Keempat - MSN Saujana Asahan FC
Orang kuat kami yang bertungkus lumus menjayakan Kejohanan ini




Friday, April 24, 2015

SENARAI PASUKAN DAN KUMPULAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA SRCC PARLIMEN JASIN

Berikut adalah senarai pasukan serta kumpulan yang akan bertanding pada Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengerusi SRCCParlimen Jasin sempena KBS Cup pada Ahad (26 April 2015) di Stadium Mini Jasin

Jadula Perlawanan akan menyusul esok

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR ....


Tuesday, April 21, 2015

Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengerusi SRCC Parlimen Jasin

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengerusi SRCC Parlimen Jasin sempena Kelayakan KBS Cup 2015
Anjuran: JBSNM, MAYC Simpang Bekoh dan SRCC Parlimen Jasin.
Tarikh : 26 April 2015
Tempat : Stadium Mini Jasin 
Contact : Asrul (012 2615049), Afiq (01 33110853) Najib (012 3149142) Latif (014 6602050


Rai Hari Polis ke 208

27 Mac 2015 - Keprihatinan terhadap jasa dan pengorbanan polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara, Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh telah menganjurkan satu program bagi meraikan anggota polis di Balai Polis Simpang Bekoh sempena Sambutan Hari Polis yang ke 208

Antara objektif utama tersebut diadakan adalah mendekatkan para belia-belia dengan polis serta turut meraikan bersama Hari Polis tersebut. Ini dapat menunjukkan pada masyarakat yang belia-belia tidak melupakan jasa dan pengorbanan mereka.

Seramai 15 orang  AJK MAYC Simpang Bekoh telah hadir pada program tersebut. Program ini juga diadakan bersempena sambutan Hari Polis yang ke 208 dan mengingatkan  para-para belia sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan.

Program ini bermula jam 5 petang di mana semua AJK berkumpul di Pusat Informasi Belia dan seterusnya pergi ke Balai Polis Simpang Bekoh. Majlis dimulakan dengan suai kenal oleh semua anggota yang di ketuai oleh Sarjan Mejar Zulkiflee bin Othman, Ketua Balai. Seterusnya acara memotong kek dan penyampaian cenderahati oleh Pengerusi kepada ketua Balai.

Sarjan Mejar Zulkiflee bin Othman  berkata, “Sepanjang saya berkidmat dalam polis hampir 35 tahun belum pernah lagi ada masyarakat setempat yang datang ke balai polis untuk meraikan Hari Polis. Justeru itu saya berasa sangat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran ahli-ahli belia Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh ke sini. Sepanjang saya bertugas di sini hampir 5 tahun saya memang sentiasa menyokong segala program yang telah dianjurkan sehinggakan persatuan ini pernah menjadi Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia 2013 Peringkat Kebangsaan




  


Thursday, April 16, 2015

Pertandingan King of Thunder Raid

7 Mac 2015 - Pertandingan ini dianjurkan di bawah biro sukan dan rekreasi kami. Game ini merupakan antara game yang pupular di kalangan anak muda. Justeru itu kami mengambil kesempatan untuk menganjurkan program ini dan ianya berajay menarik 30 orang ahli2 kami untuk turut serta.
Tahniah Che Azli yang tealh mendapat JOHAN.!!!

 
 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...