Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Saturday, November 26, 2011

Kendarat dan Kompang Warisan di rumah En. Amri

26 November 2011 - Pasukan kendarat dan kompang warisan MAYC Simpang Bekoh sekali lagi telah mendapat tempahan sempena musim cuti sekolah ini.. Majlis perkahwinan anak perempuan En Amri yang tinggal di Taman Bekoh Jaya yang turut dihadiri lebih kurang 3000 jemputan.

Alhamdulillah segala berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Kira-kira 45 orang ahli turut menyertai pasukan kendarat dan kompang tersebut.. Tahniah dan Syabas pada semua.. :)



Sebahagian Lagu Bunga Hati

Kompang Perang


Friday, November 25, 2011

Program Khidmat Masyarakat dan Jejak Warisan Sejarah, MAYC Kawasan Jasin

18-20 November 2011 -Seramai 20 orang dari badan gabungan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Jasin telah menyertai Program Bakti Masyarakat dan Jejak Warisan Sejarah di Kabupaten Bentan dan Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Indonesia. Program ini telah dianjurkan bersama oleh oleh Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Jasin, Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh dan Seketeriat Dunia Melayu Dunia Islam.

Program yang julung kalinya dibuat di luar Negara ini bertujuan ntuk menyampaikan sumbangan di Masjid Al Zihad di kampung Bintan Berkapur, dan juga bertujuan untuk menjejak warisan sejarah di sana.

Program ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Majlis Belia Kepulauan Riau di mana sambutan yang diterima sungguh menakjubkan. Mereka sangat menghormati tetamu dan melayan peserta dengan begitu baik.

Peserta telah dibawa melawat Gunung Bentan yang banyak tertera sejarah berkenaan Laksamana Bentan. Selain itu juga perserta dibawa melawat makam Kerabat Tun Teja, Makam Raja Ali Haji serta tempat tempat bersejarah yang lain.

Pada keseluruhannya, lawatan ini adalah cukup bermanfaat untuk peserta program dan kita percaya ini akan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Melaka dan Tanjung Pinang kerana terdapat banyak sejarah yang boleh diteroka seperti melawat Kota Gurindam, Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat untuk melihat kesan sejarah Melayu dan perkembangan Bahasa Melayu seperti Gurindam 12 oleh Raja Ali Haji.

Tambahan pula terdapat sebuah masjid yang diperbuat dari putih telur dan dibina tanpa menggunakan sebatang besi iaitu Masjid Raya Sultan Riau. Selama ini mungkin kita hanya membaca buku tentang perkara tersebut tetapi apabila dapat melihat sendiri peninggalan sejarah tersebut ianya sangat bermakna.

Turut menyertai program tersebut adalah En. Abu Bakar bin Md. Sudi, Kordinator Biro Belia Dunia Melayu Dunia Islam, En. Muhammad Bakhtiar bin Raihan, AJK Biro DMDI, Ahli Jawatankuasa MAYC Kawasan Jasin serta wakil kelab gabungan MAYC Kawasan jasin.


Ketika di Jeti Setulang Laut dan Jeti Tanjung Pinang


Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Majlis Belia Kepulauan Riau


Dihadapan Hotel dan gambar di kaki Gunung Bentan


Menyampaikan sumbangan di Masjid AL Zihad kampung Bentan Berkapur


Menyampaikan cenderahati kepada ketua kampung Bentan Berkapur


Suasana di Pantai Lagoi...Tersangatlah cantik


Yang baju hitam adalah Waris ke 13 Hang Tuah di makam kerabat Tun Teja


Makam Raja Ali Haji yang terkenal dgn Gurindam 12


Di hadapan Kompleks makam


Di hadapan Masjid yang diperbuat dari putih telur, Masjid Sultan Riau.


Kompang Warisan dan Kendarat MAYC Simpang Bekoh @ En. Md Diah home..

12 November 2011 - Pasukan Kompang Warisan dan Kendarat MAYC Simpang Bekoh telah mendapat tempahan di Majlis Perkahwinan anak perempuan En Md Diah. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan hujan yang agak lebat namun semua kerja dan tugasan yang diberikan berjaya dilaksana dengan jayanya..

Terima Kasih kepada semua yang terlibat.... SYABAS......

Korban Kelompok MAYC Simpang Bekoh 2011

06 November 2011 - Alhamdulillah tahun ini MAYC Spg Bekoh telah berjaya menganjurkan sendiri korban kelompok yang khas untuk ahli2 belia..Sebanyak 2 ekor telah berjaya dikorbankan pada hari raya AidilAdha yang lalu dan 1 ekor lagi milik keluarga En Latif. Kira-kira seramai 50 ahli belia dapat dikumpulkan semasa majilis korban tersebut dan hasil semangat kerjasama dan gotong royong 3 ekor lembu tersebut telah berjaya diselsaikan dalam masa 2 jam lebih sahaja.

Para peserta bahagian kebanyakannya terdiri dari ahli belia sendiri dan mereka telah memulakan bayaran dari bulan Februari sehingga Oktober. Syukur kepada Allah kerana hasil korban yang kami anjurkan semua penduduk dapat merasa daging tersebut. Moga usaha murni ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...