Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Tuesday, June 28, 2011

Sumbangan kepada Adik Nur Hawa Mardiah

20 Jun 2011 - Satu lawatan ziarah serta menghulurkan sumbangan kepada adik Nur Hawa Mardiah yang akan menjalani pembedahan bibir pada 29 Jun ini di Hospital Besar Melaka. Ziarah serta sumbangan ini secara tidak langsung memberikan semangat kepada keluarganya serta meringankan beban kewangan.

Satu tabung telah dilancarkan untuk membantu adik ini dan ianya bermula dari 2 bulan yang lepas. Tabung tersebut akan diedarkan semasa setiap aktiviti persatuan serta dikutip hasil sumbangan orang perseorangan. Alhamdulillah setelah 2 bulan hasilnya amat menggalakkan..

Tahniah dan terima kasih ye...kepada semua AJK especially Najib, Ijal dan Ami....

Mesyuarat AJK kali ke 3 / 2011

18 Jun 2011 - Mesyuarat AJK kali ke 3 / 2011 telah dijalankan di bilik gerakan belia, Tmn Kasturi. Terima kasih kepada semua AJK yg hadir kerana dengan adanya anda semua persatuan ini masih mampu bergerak maju...



Monday, June 6, 2011

Kompang Warisan MAYC Simpang Bekoh

Alhamdulillah setelah lama kompang Simpang Bekoh berkubur, akhirnya berjaya juga dihidupkan semula dan diberi nama Kompang Warisan MAYC Simpang Bekoh. Pasukan ini telah diketuai oleh En. Amirul Azmi serta dibantu beberapa orang lama seperti latif, asrul, ciak, kojek dan ramai lagi.

Pada 29 Mei yang lalu pasukan ini telah bermain di rumah en Atan dan 5 Jun pula di rumah En Wan Cai...

Kepada Pasukan Kompang...Selamat Maju Jaya ye....:)

Kompang dipalu..

Kompang Perang

Rumah En Wan Cai


Rumah En. Atan




Thursday, June 2, 2011

Program Jasa Bakti Ledang

30 April 2011 - Seramai 48 ahli belia Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh telah menyertai Program Jasa Bakti Ledang yang bertempat di kaki Gunung Ledang, Asahan. Program dua hari, iaitu 30 April sehingga 1 Mei 2011 ini, telah disertai oleh golongan belia sekitar umur 15 hingga 40 tahun. Pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur bagi menjayakan program ini antaranya pertandingan membuat gajet, sukan air, bacaan Yaasin dan Tahlil, ice breaking dan juga jungle trekking ke kawasan air terjun Ampung Jatuh.

Pada hari kedua selepas solat subuh, riadah dan sarapan perserta bersiap untu jungle trekking ke air terjun Ampung Jatuh. Namun ada beberapa ahli yang tinggal di tapak perkhemahan untuk menjaga barang-barang. Pada pulang dari Ampung Jatuh, semua peserta akan mengutip sampah sepanjang trek tersebut kerana inilah yang dipanggil Jasa Bakti Ledang. Sebanyak 8 guni sampah telah berjaya dikutip.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi MAYC Simpang Bekoh, Abd. Latif bin Arshad. Beliau mengucapkan rbuan terima kasih kepada semua urusetia dan ahli yang menghadiri program ini. Turut berlangsung pembahagian hadiah bagi gajet terbaik. Turut hadir pada program ini Pengerusi MAYC Jasin, Zulhafni bin Mohd Rahis serta Penolong Setiausaha MAYC Jasin, Ahmad Faizal Ahmad Halimi.

Kepada semua ahli yang turut serta......SYABAS DAN TAHNIAH...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...