Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Bicara Pengerusi


Assalamualaikum,
Salam 1Belia, 1Malaysia.

Setelah ditubuhkan dan diluluskan oleh pada 14 Oktober 2003 oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Persatuan kami telah mengorak langkah untuk terus ke hadapan dan telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk belia – belia di Simpang Bekoh ini.

Penumpuan  terhadap corak dan kepelbagaian aktiviti bukan sahaja yang berasaskan kepada apa yang diminati oleh belia / remaja, tetapi apa yang dapat membentuk sahsiah dan pemikiran mereka.

Justeru, teras – teras penumpuan aktiviti adalah seperti berikut : Program Pembangunan Kepimpinan dan Pengurusan, Program Latihan dan Kejurulatihan, Program Agama dan Dakwah, Program Pendidikan dan Pemikiran Saintifik, Program Sosial dan Kemasyarakatan, Program Rakan Muda, Program Sukan, Program Rekreasi, Program Kebudayaan dan Program Ekonomi dan Keusahawanan.

Persatuan Belia ini percaya kepada pembentukan komuniti belia / remaja yang berasaskan pembangunan holistik, menyeluruh dan tidak tertumpu kepada satu – satu bidang sahaja.

Sesuai dengan status sebagai sebuah Persatuan Belia, NGO dan Gerakan Sukarela, maka penglibatan atau partisipasi ahli yangdigerakkan atas dasar sukarela dan tidak mempunyai apa – apa kepentingan ekonomi dan peribadi adalah penting.

Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa, Sahabat dan mereka yang bersama – sama di dalam perjuangan ini sehingga membolehkan Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh bergerak secara sah di atas platform sebuah NGO Belia Sukarela. Setiap orang dalam Persatuan ini tidak dibayar gaji mahupun elaun walau sesen pun untuk menggerakkan organisasi ini.

Sekian, terima kasih


ASRUL KHAN BIN SHER JANG KHAN PBM, PBB
Pengerusi


# Sdra Asrul boleh dihubungi menerusi Facebook beliau atau HP 012 2615049
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...