Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Thursday, December 27, 2012

Tawan Bukit Broga

25 Dis 2012 - Program penutup kami pada tahun ini adalah pendakian ke Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Kami yang seramai 15 orang, bertolak jam 3 pagi dan tiba di sana pada pukul 6. Selepas solat Subuh kami mulakan pendakian dan selamat sampai di atas Bukit Broga jam 7 pagi.

Alhamdulillah dan Subhanallah kerana keadaan yang sangat cantik ketika berada di atas Bukit Broga,,,,,


Saturday, December 22, 2012

Kompang Warisan di Rumah Sdr Zainal Abidain

21 Dis 2012 - Pasukan Kompang kami di Kampung Sungai Dua, Asahan...Alhamdulillah majlis berjalan lancar...

Semoga Kekal ke Akhir Hayat....




Wednesday, December 12, 2012

Tahniah Shafikh

18 Nov 2012 - Kami telah pergi menziarahi pemeriksa kira-kira 1, Mohd Shafikh yang telah mendapat cahaya mata yang kedua. Serami 10 orang AJK turut hadir pada petang tersebut.

Tahniah Shafikh !!! Moga menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak.


Thursday, November 22, 2012

Tahniah Pasukan Sepak takraw MGBM

Tahniah pasukan sepak takraw MGBM kerana telah mendapat pingat Perak dalam Pesta Sukan dan Kebudayaan Majlis Belia Malaysia yang telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Saya selaku pengurus pasukan sepak takraw resebut terasa sangat bertuah kerana pemain-pemain sangat mempunyai yang kental ketika bertemu dengan pasukan2 yang lebih berpengalaman.





Program Menuju Puncak Gunung Ledang

Makluman kepada semua AJK MAYC Jasin dan juga warga MAYC Simpang Bekoh....
Program terkini dari kami dan jika berminat sila hantar dokumen berkaitan dibawah sebelum 28 November 2012...


SILA DOWNLOAD DI BAWAH.....

Surat Program
http://www.scribd.com/doc/114078771/Surat

Borang Penyertaan
http://www.scribd.com/doc/114079271/BORANG-PENYERTAAN

Keperluan mendaki dan Tentatif Program
http://www.scribd.com/doc/114079285/keperluan-mendaki

Surat Kebenaran
http://www.scribd.com/doc/114079303/Surat-Kebenaran

Friday, November 9, 2012

PROGRAM BERSAMA UNiSZA


Makluman kepada semua warga MAYC Simpang Bekoh...Tentatif Program in adalah seperti berikut...:


08.00 pagi         -           Ketibaan para peserta
08.30 pagi         -           Program gotong royong mengecat rumah
10.00 pagi         -           Minum pagi
10.30 pagi         -           Sambung mengecat
12.00 tghari       -           Makan Tengahari
-           Solat Zohor
-           Rehat
-           Pulang ke Kem MSN
4.30 p.m           -           Acara sukan rakyat
05.30 ptg          -           Majlis penutup
                        -           Ucapan Pengerusi KRT Simpang Bekoh
                        -           Ucapan Wakil dari UNIZA
                        -           Ucapan Pegawai Perpaduan Jasin
                        -           Ucapan Perasmian Penutup YB Datuk Ghazale
                        -           Penyampaian cenderahati

SEMBANG-SEMBANG BELIA 2.0

01 November 2012 - Program sembang2 belia 2.0 selesai dijalankan di D'Gunung Cafe, Taman Bekoh Jaya. Alhamdulillah menu pada malam tu sedap sgt. Ikan siakap 3 rasa, ikan siakap masak stim dan macam2 lagi...

Terima Kasih pada Sdr. Mohd Nizam Omar, Pengerusi MGBD Jasin, Sdr. Sharidan, Ketua Penenrangan MGBD Jasin, Tok Penghulu Jazlee, Pengerusi Tetap MGBD Jasin serta wakil2 dari MGBD Jasin dan MAYC Jasin.

Majlis telah disempurkan oleh En. Imanuddin bin Abd Aziz selaku wakil YB Mohd Yazed...


 



Wednesday, October 31, 2012

KORBAN KELOMPOK 1433H

25 November 2012 - Majlis Korban Kelompok kami selesai dijalan. Alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih. 4 ekor lembu telah disembelih dan diagih2kan pada fakir serta seluruh penduduk Simpang Bekoh. Terima kasih pada Tuan Rumah En. Nor Rizan kerana sudi menjadi tuan rumah untuk tahun ini.

Terima kasih pada semua yang membantu, Kira-kira hampir 85 orang yang hadir pada majlis tersebut. Terima kasih juga pada YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam kerana turut menyumbang seekor lembu untuk kami..






Tuesday, October 30, 2012

LAWATAN KE PUTRAJAYA DAN PD

20 Okt 2012 - Lawatan ke Putrajaya dan PD telah berjaya dijalankan dengan tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.. Seramai 75 orang telah pergi  melawat sekitar Putrajaya dan Port Dickson. Suatu pengalaman yang sangat baik dan ahli2 kami juga dapat merehatkan minda mereka setalah hampir setahun bertungkus lumus membantu persatuan menjayakan segala aktiviti yang dirancang.

Namun disebalik kegembiraan itu kami juga berdukacita keran pengerusi kami tidak dapat turut serta dalam lawatan ini kerana ada kematian di kampung dan khidmat beliau amat diperlukan di sana. Walaubagaimanapun beliau juga dapat hadir dan memberi semangat sebelum bas kami bertolak. Turut serta pada pagi tersebut ialah Pengerusi JKKK kami, Tn Haji Abu Bakar bin Ahmad.


Sebelum bertolak dari kampung
Bergambar di Putrajaya

Wednesday, October 17, 2012

Lawatan ke Putrajaya dan Port Dickson

Salam buat semua warga MAYC Simpang Bekoh...Satu LAWATAN PENGERAT KASIH (Putrajaya-Port Dickson) akan diadakan pada 20.10.2012 ini.

Bergerak dari Taman Kasturi Jam 8 pagi dan semua peserta dikehendaki berkumpul pada jam 7.30 pagi..

Sila bawa baju biru persatuan bersama dan lain-lain kelengkapan sendiri. Makan tengahari dan malam akan disediakan oleh pihak penganjur.


Sila download borang pada link di bawah dan hantar pada urusetia selewat-lewatnya hari Khamis.

click link ini....

atau klik pada gambar ini..


Dilampirkan bersama:  TENTATIF PERJALANAN untuk makluman dan perhatian saudara/saudari

Sunday, October 7, 2012

Takziah buat Pengerusi Kami

15 September 2012 - Hari yang mungkin akan kami kenang sampai bila-bila kerana tarikh tersebut merupakan tarikh pemergian ahli kami yang juga adik kepada pengerusi kami, Abd Latif bin Arshad. Beliau meninggal dalam satu kemalangan yang sangat tragis kerana waktu itu kami sibuk membuat persiapan Rumah Terbuka kami..

 Jam 5.15 petang beliau kemalangan betul-betul di hadapan rumah Latif dan ianya dapat didengari oleh ahli-ahli kami yang sibuk membuat persiapan tersebut. Kami bergegas ketempat kejadian namun Allah lebih menyayanginya..Beliau meninggal ditempat kejadian..

Sebagai satu persatuan yang mengambil berat berkenaan ahlinya, kami tanpa pengetahuan Sdr. latif telah membuat tabung kilat untuk disampaikan kepada ayah kepada Allahyarhamah. Alhamdulillah kutipan amat menggalakkan. Saya mewakali persautan telah menyampaikan sumbangan tersebut...

Sumbangan diserahkan kepada ayah Allahyarhamah, Mat Derus bin Itam

Rumah Terbuka Aidilfitri 1433H

15 September 2012 - Majlis Rumah Terbuka kami dijalankan dengan sederhana. Tanpa PA Sistem, tanpa musik dan tanpa cabutan bertuah. Ini adalah kerana bagi menghormati kematian adik perempuan pengerusi kami yang berlaku betul-betul petang sebelum majlis kami ini. Pengerusi kami juga tidak dapat turut serta kerana menguruskan jenazah di hospital.

Majlis bertukar menjadi majlis tahlil buat ahwah dan seterusnya jamuan makan. Pada asalnya kami ingin membatalkan majlis ini tapi bila difikirkan tetamu sudah dijemput kami jalankan juga. Terima kasih atsa sokongan semua ahli dan AJK yang bertungkus lumus menjayakan Rumah Terbuka kita ini.....

Friday, October 5, 2012

Mesyuarat AJK Kali ke 4/2012 dan Serahan Cenderahati Raya pada AJK

31 Ogos 2012 - Mesyuarat AJK kali ke 4/2012 telah diadakan di PIB. Sejurus selesai mesyuarat Pengerusi telah menyampaikan cenderahati raya kepada semua AJK kami..Walupun hadiah tidak semahal mana namun ianya cukup untuk menunjukkan yang kami amat prihatin kepada semua AJK kami...

 
 

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...