Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Wednesday, December 18, 2013

Hari Keluarga kami di Janda Baik, Pahang

14-15 Disember 2013 - Kami mengadakan Hari Keluarga di Janda Baik, Pahang selama 2 hari. Setelah penat berprogram selama setahun, kami mengreleasekan tensioan di sana dengna pelbagai akitiviti. Seramai 40 orang ahli kami turut serta dengan menaiki bas.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ghazale bin Muhamad, Adun Rim. Insa Allah tahun depan kita ke tempat lain pula ye,....










Tuesday, December 10, 2013

Lawatan Berinformasi Per. Belia Kuala Paya, Segamat

8 Disember 2013 -Satu lawatan dari Persatuan Belia Kuala Paya, Segamat ke persatuan kami. Kami menyambut mereka dengan tanyangan profil persatuan kami seterunay sedikit demo kek dan permainan dalam dan luar..
Terima kasih YB Datuk Hj Ghazale yang sudi hadir semasa lawatan persatuan tersebut.





   

Monday, July 8, 2013

Penganugerahan Johan Anugerah Belia Negeri Melaka 2013

6 July 2013-Sempena Hari Belia Peringkat Negeri Melaka, Persatuan kami telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Belia Negeri Melaka 2013 kategori Pertubuhan Belia. Hadiah telah disampaikan oleh YB Khairy Jamaludin selaku Menteri Belia dan Sukan. Kami telah menerima RM10 000 beserta Piala dan juga Piala Pusingan.

Alhamdulillah segala pengorbanan dan usaha kami tidak sia-sia kerana ianya dapat dinilai dengan sebaik baiknya oleh pihak yang berkenaan. Pada malam itu juga kami membawa ahli kami seramai 60 orang untuk turut serta merasai dan meraikan kegembiraan tersebut..

Syukur padaMu Ya Allah !!!





Wednesday, June 12, 2013

Lawatan KBBT Jasin

12 Jun 2013-Lawatan dari Kelab Belia Tamil Bell Jasin ke PIB kami bagi bertujuan melihat perjalanan serta pengurusan persatuan kami yang diketuai oleh Sdr Murugan.

Majlis berlangsung hampir 1 jam setengah. Terima kasih kerana sudi datang ke PIB MAYC Spg Bekoh !!!






Thursday, May 30, 2013

Suai kenal AJK bersama Datuk Norpipah

30 Mei 2013 - Satu sesi suai kenal barisan AJK kami bersama Datuk Hajah Norpipah selaku exco Belia kerajaan negeri  Melaka telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan.

Ini keranan YB Datuk ingin mengenali kami dengan lebih dekat kerana telah mengharumkan nama Melaka di Putrajaya tempohari.







Wednesday, May 29, 2013

Lawatan Pengarah Baru Ke PIB

17 Mei 2014 - Sehari setelah penganugerah kami sebagai Johan APBN 2013 Pengarah JBS Melaka yang baru En. Baharudin bin Jali mengadakan lawatan ke PIB kerana belaiu baru 3 hari bertukar ke Melaka.

Tujuan belai ke tempat kami adalah untuk melihat pengurusan persatuan kami sehingga dinobatkan sebagai Johan kebangsaan. Alhamdulillah beliau seorang yang baik serta cepat mesra..





Tuesday, May 28, 2013

Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2013 kategori Pertubuhan Belia

25 Mei 2013 merupakan tarikh keramat bagi persatuan kami kerana telah dinobatkan sebagai JOHAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2013 KATEGORI PERTUBUHAN BELIA. Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak yang turut diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan yang baru Sdr. Khairy Jamaludin di Pentas Utama Festival Belia Putrayaja.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan pada Puan Hjh Salmah, mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka yang banyak membantu kami ke arah kejayaan cemerlang ini. Tidak lupa juga Sdr Azizul, Pegawai Belia dan Sukan Melaka, Pn Runiza, Mantan Pegawai Belia dan Sukan Jasin serta semua yang terlibat dalam membantu persatuan kami sehingga ke tahap ini.

Ianya merupakan satu kenangan abadi yang mungkin tidak ternilai serta tidak dapat dilupakan bagi kami seluruh warga MAYC Simpang Bekoh. Kejayaan manis ini juga adalah satu hadiah istimewa kerana 2013 merupakan genap 10 tahun penubuhan kami.

Banyak halangan dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi untuk ke arah ini...Sedih, duka, kecil hati, merajuk semua ada. Cacian dari masyarakat pun ada..Namun ianya menjadikan kami lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan belia di sini serta dapat membuktikan kami adalah persatuan yang terbaik pada tahun ini..

Semasa berada di pentas dan sebaik sahaja nama persatuan kami diumumkan tiba-tiba rasa sebak dan terharu hadir. Satu perasaan yang sukar digambarkan kerana 10 tahun bukanlah satu masa yang singkat dan inilah yang mampu kami lakukan untuk generasi yang akan datang.. Hendak mengalir air mata semasa dipentas tersebut  namun digagahi juga supaya air mata kegembiraan tersebut tidak mengalir...

Detik-detik Penganugerahan tersebut:

Bersama pemenang kategori individu lelaki dan wanita. Siap sedia untuk rehearsal

Penyokong2 kami dari kampung.. Gambar persatuan kami di pentas utama b4 majlis.

Siap sedia untuk naik ke pentas


Hadiah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan

Bersama mantan Pengarah JBS Melaka

Bersama Pengarah baru JBS Melaka 

Bersama Pengerusi MAYC Melaka dan AJK yang lain

Kami.... sebelum pulang ke Melaka...

Monday, May 27, 2013

Bukti Kemenangan kami...

Surat dari Jabatan Belia dan Sukan Negara berkaitan kemenangn kami serta keratan akhbar Utusan Malaysia pada 17 Me1 2013




Saturday, April 27, 2013

Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2013

16 April 2013 - Satu detik sejarah dalam lipatan Kampung Simpang Bekoh di mana Persatuan Belia kami telah mewakili negeri Melaka untuk Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan tahun 2013 kategori Pertubuhan Belia. Setelah melepasi kelayakan peringkat negeri kami berdoa agar berjaya untuk mencipta sejarah untuk menang di peringkat kebangsaan pula. Setelah 10 tahun persatuan kami ditubuhkan inilah pencapaian kami yang terbaik dan harap ianya akan menjadi contoh pada pemimpin2 kami pada masa akan datang...

Ketua Panel pada hari tersebut adalah Ybg Prof Dr Turiman dari UPM, Panel 1 Ybg En Badari dari ROY dan Panel 2 dari MBM Sdr. Nasrul bin Ahmad..

Terima kasih kepada semua tetamu kehormat serta warga belia Melaka yang dapat hadir pada majlis penilaian tersebut antaranya:

  1. Tuan Pegawai Daerah Jasin
  2. Puan Salmah bte Abd Aziz - Pengarah JBS negeri Melaka
  3. Sdr Zali bin Mat Yasin - Presiden MGBM
  4. Sdr. Mohd Nizam Omar - Pengerusi MGBD Jasin.
  5. Sdr. Zulhafni bin Mohd Rahis - Pengerusi MAYC Jasin
  6. Sdr. Shahrom bin Mohd - Setiausaha Kehormat MAYC Jasin
  7. AJK MAYC Melaka serta Jasin.
  8. Kolej PEKIDA 
serta ramai lagi yang turut membantu kami...

Antara komen2 dari Panel adalah :
  1. Dokumentasi dan sistem fail - 5 bintang. Lengkap dan teratur. All are genuine (very rare nk jumpa)
  2. Kewangan tiada masalah (ikut perlembagaan dan lengkap dgn buku lejar, buku resit, bil2 dll) serta mempunyai cara tersendiri untuk menambah tabung persatuan.
  3. Pengurusan ahli bersistematik (mempunyai sistem database yg baik) dan mengikut perlembagaan.
  4. Mempunyai kelebihan kerana mempunyai Biro Antarabangsa yg jarang ada pada persatuan lain serta mempunyai aktiviti peringkat antarabangsa.
  5. Pengurusan ICT bagus kerana mempunyai Blog, FB, Email serta group email.
  6. Antara persatuan belia yg terawal mempunyai blog (2009) dan lama mencari persatuan ini sejak tahun 2010 dan baru sekarang dapat berjumpa secara LIVE..
  7. Masih simpan lagi notis mesyuarat Agung Penaja tahun 2003 dan ianya sangat "rare" pada persatuan2 lain
Harapan kami adalah agar kami dapat mengharumkan nama Melaka untuk tahun 2013 setelah BEDUMA memenanginya pada tahun 2011...Sama2 kita berdoa agar apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.. AMINN..............

GALERI DARI PERSATUAN KAMI





KETIBAAN PANEL DISAMBUT DGN KOMPANG, SILAT DAN TARIAN ORANG ASLI


PERASMIAN - MEMOTONG KEK 10 TAHUN DAN SUMPITAN

SEMASA PERBENTANGAN PROFIL PERSATUAN


 PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PANEL2 DAN PRESIDEN MGBM
 


BERGAMBAR BERSAMA PANEL DAN AHLI2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...