11 Ogos 2012 - Alhamdulillah kami berjaya menganjurkan Program Semrak Kasih...Program di mana kami menghulurkan sumbangan raya kepada 10 orang anak yatim dan 20 orang fakir di Kampung Simpang Bekoh...Terima kasih pada Gedung Pakaian KeluargaKu yang menyumbang pakaian raya untuk anak yatim dan juga kepada masyarakat setembat yang menderma untuk menjayakan program ini...
Majlis penyampaian telah dijalankan di Madrasah Assyakirin Simpang Bekoh...
8 Ogos 2012 - Seramai 6 orang ahli MAYC Simpang Bekoh telah bertungkus lumus menyiapkan dodol sebnayak 5 gantang untuk program yang dianjurkan oleh MGBD Jasin. Bermula jam 2 petang dan selesai jam 8 malam. Walaupun berpuasa namun semua yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan baik..