Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Saturday, April 27, 2013

Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2013

16 April 2013 - Satu detik sejarah dalam lipatan Kampung Simpang Bekoh di mana Persatuan Belia kami telah mewakili negeri Melaka untuk Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan tahun 2013 kategori Pertubuhan Belia. Setelah melepasi kelayakan peringkat negeri kami berdoa agar berjaya untuk mencipta sejarah untuk menang di peringkat kebangsaan pula. Setelah 10 tahun persatuan kami ditubuhkan inilah pencapaian kami yang terbaik dan harap ianya akan menjadi contoh pada pemimpin2 kami pada masa akan datang...

Ketua Panel pada hari tersebut adalah Ybg Prof Dr Turiman dari UPM, Panel 1 Ybg En Badari dari ROY dan Panel 2 dari MBM Sdr. Nasrul bin Ahmad..

Terima kasih kepada semua tetamu kehormat serta warga belia Melaka yang dapat hadir pada majlis penilaian tersebut antaranya:

  1. Tuan Pegawai Daerah Jasin
  2. Puan Salmah bte Abd Aziz - Pengarah JBS negeri Melaka
  3. Sdr Zali bin Mat Yasin - Presiden MGBM
  4. Sdr. Mohd Nizam Omar - Pengerusi MGBD Jasin.
  5. Sdr. Zulhafni bin Mohd Rahis - Pengerusi MAYC Jasin
  6. Sdr. Shahrom bin Mohd - Setiausaha Kehormat MAYC Jasin
  7. AJK MAYC Melaka serta Jasin.
  8. Kolej PEKIDA 
serta ramai lagi yang turut membantu kami...

Antara komen2 dari Panel adalah :
  1. Dokumentasi dan sistem fail - 5 bintang. Lengkap dan teratur. All are genuine (very rare nk jumpa)
  2. Kewangan tiada masalah (ikut perlembagaan dan lengkap dgn buku lejar, buku resit, bil2 dll) serta mempunyai cara tersendiri untuk menambah tabung persatuan.
  3. Pengurusan ahli bersistematik (mempunyai sistem database yg baik) dan mengikut perlembagaan.
  4. Mempunyai kelebihan kerana mempunyai Biro Antarabangsa yg jarang ada pada persatuan lain serta mempunyai aktiviti peringkat antarabangsa.
  5. Pengurusan ICT bagus kerana mempunyai Blog, FB, Email serta group email.
  6. Antara persatuan belia yg terawal mempunyai blog (2009) dan lama mencari persatuan ini sejak tahun 2010 dan baru sekarang dapat berjumpa secara LIVE..
  7. Masih simpan lagi notis mesyuarat Agung Penaja tahun 2003 dan ianya sangat "rare" pada persatuan2 lain
Harapan kami adalah agar kami dapat mengharumkan nama Melaka untuk tahun 2013 setelah BEDUMA memenanginya pada tahun 2011...Sama2 kita berdoa agar apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.. AMINN..............

GALERI DARI PERSATUAN KAMI





KETIBAAN PANEL DISAMBUT DGN KOMPANG, SILAT DAN TARIAN ORANG ASLI


PERASMIAN - MEMOTONG KEK 10 TAHUN DAN SUMPITAN

SEMASA PERBENTANGAN PROFIL PERSATUAN


 PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PANEL2 DAN PRESIDEN MGBM
 


BERGAMBAR BERSAMA PANEL DAN AHLI2

Tuesday, April 16, 2013

Selamat Datang ke PIB Simpang Bekoh

Kami warga MAYC Simpang Bekoh mengalu alukan kehadirn para panel Anugerah Belia Perdana Negara Peringkat Kebangsann tahun 2013 kategori Pertubuhan Belia.. Moga dengan kehadiran tuan puan dapat memberikan kami semangat untuk berjuang dalam belia...


Sunday, April 14, 2013

Mesyuarat AJK kali ke 1 / 2013

17 Feb 2013 - Mesyuarat AJK kali ke 1 / 2013 telah dijalankan dan pelbagai agenda telah dibincangkan terutamanya hal berkaitan APBN yang akan pada awal April..

Terima kasih pada semua AJK yang dapat hadir..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...