Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Monday, May 30, 2011

Gotong Royong Buat Banner

27 April 2011 - Tanhiah kepada semua yg dapat hadir membantu membuat banner untuk program Jasa Bakti Ledang. Apa yang diharapkan agar semangat ini dapat diteruskan sampai bila-bila...

Kepada En Amiril Azmi, Najib Tambi dn Hafizul Naim...u r the great artists....



Program Jejak Fakir

24 April 2011 - Keprihatinan Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh terhadap warga emas serta ibu tunggal telah menzahirkan satu program iaitu program “ Jejak Fakir”. Program ini telah dijalankan dibawah Biro Kebajikan dan Modal Insan yang diketuai oleh Tn. Hj Zaini bin Ab Karim.

Turut hadir pada program tersebut adah Yang Berhormat En. Mohd Yazed bin Khamis, ADUN Kawasan Rin serta Timbalan Pengerusi JKKK Simpang Bekoh, En. Abdullah bin Tawil. Seramai 15 orang AJK MAYC Simpang Bekoh juga turut hadir program tersebut. Program ini juga diadakan bersempena sambutan Hari Ibu yang akan tiba. Agar para-para belia sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan yang telah ibu mereka berikan.

Sesi Dialog Bersama YB Kawasan (Mohd Yazed bin Khamis)

24 April 2010 - MAYC Simpang Bekoh telah mengadakan satu sesi dialog bersama YB ADUN kawasan bagi membincangkan isu2 terkini berkaitan belia. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas kehadiran YB yang sanggup turun bertemu rakyat,,,

Tahniah YB DUN RIM...

Thursday, May 26, 2011

Karnival Sukan MAYC Simpang Bekoh

17 April 2011 - Karnival Sukan MAYC Simpang Bekoh telah dijalankan dengan meriahnya. Pelbagai acara telah dipertangdingkan antaranya Takraw antara regu, takraw bulatan dan takraw individu (Lelaki). bagi wanita pula, Street soccer, takraw individu dan boling kepalap.

Tahniah kepada semua pemenang. Yang kalah tahun depan boleh cuba lagi yaa...
Kepada semua Jawatankuasa,,,,TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENGANJURAN INI...


Mesyuarat Agung MGBD Jasin

17 April 2011 - Saya turut hadir ke AGM MGBD Jasin bertempat di Hotel Seri Impian Jasin. Turut hadir mewakli MAYC Jasin adalah En Azmi dan Razif (MAYC Chabau), Nurul Widayu (AMYC Chohong), Ahmad Faizal (MAYC Tmn Panglima Pak), Rozikin dan Latif (MAYC Pengkalan Lambak), Zulkarnain (MAYC Lembah Kesang) dan Yusni serta Adzrul (MAYC PETALA).





Mesyuarat Khas Karnival Sukan MAYC Simpang Bekoh

15 April 2011 - Satu mesyuarat khas telah dijalankan bagi membincangkan persiapan terakhir Karnival Sukan yang akan dijalankan pada 17 April. Segala persiapan telah dibentangkan pada mesyuarat tersebut. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Tahniah kepada semua AJK yang hadir memberikan komitmen anda...



Meysuarat Agung MAYC PETALA, Tanjung Labuh, Tehel

9 April 2011-Saya telah hadir ke Mesyuarat Agung MAYC Petala bertempat di Balai raya Tanung Labuh, tehel. Saya yang mewakili Pengerusi MAYC Jasin turut diberi peluang untuk berucap. AGM tersebut telah dirasmikan oleh YB Chua Kheng Hwa selaku ADUN Bemban..

Tahniah sekali lagi buat warga PETALA...")


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...