Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Monday, March 26, 2012

SELAMAT DATANG PANEL PENILAI ANUGERAH BELIA PERDANA

Kami warga Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh mengalu-alukan kehadiran panel-panel penilai Anugerah Belia Perdana Kategori Pertubuhan....

1. Ketua Panel - Datuk Zainal bin Haji Husin
2. Panel kedua - En. Latif bin Muhammad
3. Panel ketiga - Puan Azelawati bte Zainal



Moga kehadiran panel-panel dapat menambahkan kekuatan dan semangat kami untuk berjuang membangunkan belia-belia di Simpang Bekoh

Sunday, March 25, 2012

AGM MGBD JASIN DAN MGBM MELAKA

23 Mac 2012 -  Mesyuarat Agung Tahunan MGBD Jasin di Hotel Alamanda, Jasin. Alhamdulillah telah dilantik sekali lagi menjadi EXCO...

24 Mac 2012 - Mesyuarat Agung MGBM Melaka... Sya bertanding untuk kerusi EXCO namun tewas...Walaubagaimanapun saya telah dilantik sbg EXCO MGBM..t kasih atas kepercayaan Presiden...

AGM MGBD - Menerima sijil dari Ahli Parlimen Jasin

Bersama Perwakilan MAYC Melaka dlm AGM MGBM...

Sunday, March 4, 2012

Persiapan ABN peringkat negeri Melaka

Seluruh warga MAYC simpang Bekoh sibuk membuat persiapan untuk bertanding dalam ABN peringkat negeri Melaka. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu dan kita sama2 berdoa agar kita boleh menang tahun ini...PASTI BOLEHHHH

Mesyuarat AJK kali ke- 1/ 2012 MAYC Kaw. Jasin

17 Feb 2012 - Mesyuarat AJK kali ke 1 MAYC Jasin telah diadakan di balai raya kampung Chabau jam 9 malam. Antara yang dibincangkan adalah berkenaan mesyuarat agung MAYC Jasin dan segala persiapan untuk mesyuarat tersebut. Tahniah kepada semua yang dapat hadir



Hari Keluarga Simpang Bekoh

12 feb 2012 - KRT Simpang Bekoh dan MAYC Simpang Bekoh telah menganjurkan Hari Keluraga bertempat di balai raya Taman Kasturi.

Alhamdulillah segala permainan dan acara yang dijalankan berjalan lancar. Terdpata 4 kategori dipertandingkan iaitu kanak-kanak, lelaki dewasa, perempuan dan warga emas. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kalah boleh cuba lagi tahun depan.

Kepada warga MAYC Simpang Bekoh yang 100% memberikan komitmen...syabas dan tahniah...



Ceramah Maulidur Rasul 1431 H

07 Feb 2012 - Lembaga Madrasah Assyakirin Simpang Bekoh telah menganjurkan smbutan Maulidur Rasul dan ianya disambut dengan suasana yang sungguh permai lagi muhibbah. Semua penduduk telah bergotong royng pada sebelah pagi dan petang dalam usaha untu menjayakan majlis tersebut.

Tidak ketinggalan juga para belia yang turut membantu pihak madrasah menyediakan juadah serta membasuh segala peralatan setelah selesai majlis. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nizam bin Ali dari Jab. Agama Muar, Johor





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...