Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Tuesday, September 6, 2011

Khatam Al Quran MAYC Simpang Bekoh

25 Ogoss 2011 - Majlis Khatam Al Quran MAYC Simpang Bekoh telah dijalankan di Madrasah Assyakirin Simpang Bekoh. Seramai 13 oarng ahli belia telah menhyertai program tadarus sepanjang bulan ramadhan tersebut. Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Madrasah, Tn Haji Ismail bin Ahmad, Pengerusi KRT Simpang Bekoh, Mejar (B) Tn Haji Md Yusof bin Ahmad serta penduduk kariah Simpang Bekoh.

Turut disampaikan pada majlis tersebut adalah sijil penyertaan dan sepasan gbaju melayu bagi lelaki dan sepasang baju kurung bagi wanita...

Moga apa yang diamalkan memdapat keberktan dari ALLAH SWT...

Monday, September 5, 2011

Titian Kasih MAYC Spg Bekoh

24 Ogos 2011 - MAYC Spg Bekoh telah menjalankan program kemasyarakatan sekali lagi.. Kali ini 2 rumah warga emas telah dikunjungi serta menghulurkan sumbangan berbentuk barangan dapur serta wang tunai bagi meringankan beban mereka untuk menyambut syawal yang menjelang tiba. Dua rumah tersebut ialah rumah En. Uzir dan juga rumah Pn. Rujiah.

Syabas dan T Kasih kepada semua AJK yang dapat turut serta...Moga usaha baik kita ini diberkati ALLAH SWT..



Sunday, September 4, 2011

Kompang Warisan at Jasin, Bus Station

26 Ogos 2011 - Sekali lagi pasukan Kompang Warisan MAYC Simpang Bekoh telah diundang untuk bermain di luar iaitu di Bus Station Jasin bagi majlis Perasmian Bas Panorama Jasin. Majlis Persamian tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ghazalie selakuwakil Ketua Menteri Melaka.

Walaupun dalam bulan puasa namun pasukan kompang tetap bersemangat dan sanggup menunggu sehingga majlis perasmian selesai..
SYABAS semua..


Jalinan Kasih MAYC PETALA, Tehel

21 Ogos 2011 - Saya telah mewakili MAYC Jasin untuk turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan juga warga eamas di sekitar kampung Tanjung Labuh, Tehel anjuran MAYC PETALA ,Tehel.

Tahniah dan syabas buat Warga PETALA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...