Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 2

Kepada semua ahli belia MAYC Simpang Bekoh, anda dijemput hadir pada mesyuarat tersebut. Kehadiran dan komitmen anda amatlah diharapkan.

Tarikh : 26 Feb. 2011
Masa : 8.15 malam
Tempat : Balairaya Taman Kasturi, Simpang Bekoh

** Semua ahli yang hadir sahaja akan diberikan cenderahati oleh pihak Persatuan...

ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG

8.00 malam

: Pendaftaran

: Ketibaan Tetamu Kehormat

8.30 malam

: Ketibaan YB

: Bacaan Doa

: Ucapan alu-aluan oleh En. Abd Latif bin Arshad,

(Pengerusi MAYC Simpang Bekoh)

: Ucapan oleh En. Zulhafni bin Mohd Rahis,

(Pengerusi MAYC Kwasan Jasin.)

: Ucapan oleh Tn Hj Abu Bakar bin Ahmad

(Pengerusi JKKK Simpang Bekoh.)

: Ucapan Perasmian oleh:

YB Mohd Yazed bin Khamis

(ADUN Rim)

10.00 malam

: Penyampaian cenderahati

- Tetamu Kehormat.

- Yang Berhormat

10.15 malam : Jamuan

10.30 malam : Mesyuarat Agung bermula.

11.30 malam : Bersurai

AGENDA MESYUARAT AGUNG 2011

  1. Pesanan Pengerusi majlis
  2. Mengesahkan Kehadiran Ahli Belia Simpang Bekoh
  3. Perbentangan dan Pengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2010
  4. Perbentangan dan pengesahan Penyata Tahunan 2010
  5. Perbentangan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
  6. Pembubaran Jawatankuasa Tahun 2010-2011
  7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tahun 2011-2012
  8. Membentangkan usul (jika ada)
  9. Ucapan Penangguhan.

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Dipetik: http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

Sunday, February 6, 2011

PROGRAM KAMI PRIHATIN

06 Februari 2011 - Seramai 23 ahli belia kita telah turun ke PROGRAM KAMI PRIHATIN, iaitu satu program amal mengecat rumah Puan Kamsinah bt Moahamad. Program bermula pada jam 9 pagi tersebut mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk diselesaikan. Segala kos untuk membeli cat dsb ditanggung sepenuhnya dari duit kelab persatuan.

Turut hadir pada majlis tersebut adala YB Mohd Yazed, selaku ADUN Rim, En. Abu Supian, SU Japerun Rim, Ahmad Faizal Halim , N/SU MAYC Kawasan Jasin serta beberapa rakan dari MAYC Jasin.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang hadir membantu. Segala amal Tuan hanya ALLAH yang dapat membalasnya.









Saturday, February 5, 2011

TERKINI DARI MAYC SIMPANG BEKOH

Esok, 06.02.2011 akan diadakan program KAMI PERIHATIN. Program mengecat rumah Puan Kamsinah (ibu tunggal) sebelah rumah Hj Mat Sari. Harap semua ahli belia dapat turun beramai-ramai. bermula jam 8.30 pagi. sila bawa peralatan seperti berus cat dsb bagi memudahkan urusan kerja.

LATIHAN KOMPANG
telah bermula pada 04.02.2011. Kepada sesiapa yang berminat sila hadir di balai raya Tmn kasti bermula jam 8.45 malam setiap Jumaat dan Sabtu malam.

MAYC Simpang bekoh ada menganjurkan KORBAN KELOMPOK. sesiapa yang berniat untuk berkorban boleh memberi nama kepada En. Sharehzal. Satu bahagian RM400. Setakat ini telah ada 9 nama yang ingin membuat ibadah korban. Bayaran boleh dibuat secara ansuran dan boleh bermula hujung Februari ini.

LATIHAN KOMPANG MAYC SIMPANG BEKOH BERMULA

04.02.2011 - Bemulanya latihan kompang Simpang Bekoh....Atas permintaan oleh belia-belia, MAYC spg Bekoh telah menubuhkan semula pasukan kompang yang selama ini telah lama berkubur atas pelbagai faktor. Alhamdulillah latihan petama malam tersebut telah berjaya menarik 15 orang dan dijangka bertambah dari masa ke semasa.

Latihan telah diketuai oleh En Latif dan dibantu oleh saya sendiri..Kepada sesiapa yang berminat boleh turut serta latihan yang dijalankan pada setiap jumaat dan sabtu malam.





MESYUARAT KHAS BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA

02.02.2011 - Saya telah hadir ke Mesy Khas bersama KM di Sri Bendahara bagi mewakili MAYC Jasin. Mesy ini yang bermula jam 12 tengahmalam ini bertumpu kepada persiapan bagi PRK DUN Merlimau, dan berakhir jam 2 pagi. Turut hadir Pengerusi MAYC Melaka, MAYC Jasin, 4B Jasin serta KBBT Jasin.



BANJIR DI SIMPANG BEKOH

30.01.2011 - Simpang Bekoh telah di landa banjir besar dan ianya mengakibatkan ramai penduduk yang terpaksa bepindah di pusat penempatan sementara di SMK Simpang Bekoh. Lebih kurang 300 lebih terpaksa dipindhkan kerana keadaan yang tidak slamat di rumah mereka.

Ahli MAYC Simpang Bekoh turut membantu magsa banjir memindah barang serta operasi menyelamatkan mangsa banjir..Terima kasih pada semua yang terlibat dan hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa anda..





MESY AJK MAYC SPG BEKOH KALI KE 1 / 2011

28.01.2011 - Mesy AJK kali ke 1 /2011 telah diadakan pada jam 9 malam bertempat di bilik gerakan MAYC Simpang Bekoh. Mesyuarat membincangkan ativiti sepanjang tahun 2011, tarikh mesyuarat AJK 2011 dan hal hal lain yang berkaitan dengan belia.

Terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan berharap segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...