Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Tuesday, July 31, 2012

PROGRAM KACAU DODOL, BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB


Makluman pada semua ahli...Satu majlis kacau dodol, berbuka puasa dan solat magrib akan diadakan pada 4 Ogos 2012 (sabtu) ini bertempat di rumah En. Raja Shahrezal. Harap semua ahli dapat hadir beramai-beramai bagi memeriahkan majlis tersebut.

Bermula jam 2.30 kacau dodol akan bermula dan dodol2 tersebut separuhnya akan disedekahkan kepada pihak2 yang tertentu. Bagi berbuka puasa pula, nasi dan minuman akan disediakan oleh pihak persatuan dan ahli2 diminta membawa sepinggan lauk untuk sama2 kita merasakan juadah masing2...
Solat magrib pula akan diimamkan oleh Ustaz Raja Shahrezal di perkarangan rumahnya...

Sesiapa yang berkesempatan pada Jumaat petang, harap dapat  membantu memasang kanopi dan lain2 persiapan.  

Saturday, July 28, 2012

IHYA RAMADHAN BERSAMA GEDUNG PAKAIAN KELUARGAKU

24 Julai 2012 - Sambutan Syawal tahun ini lebih meriah buat 9 orang anak yatim dari kampung Simpang Bekoh kerana menerima sumbangan baju raya daripada Gedung Pakaian Keluargaku, Melaka. Anak yatim tersebut dilihat begitu teruja apabila pihak Keluargaku dengan kerjasama Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh telah membawa mereka ke gedung membeli belah tersebut untuk sama-sama memilih pakaian untuk sambutan Hari Raya tahun ini.




KURSUS JAHITAN LANGSIR

17 Julai 2012 - Satu Kursus Jahitan Langsir telah dijalankan di bawah biro wanita dan beliawanis bertempat di PIB MAYC Simpang Bekoh. Bermula jam 2 petang dan berakhir jam 6. Alhamdulillah banyak teknik yang telah mereka pelajari di bawah kendalian Puan Norizan bte Mohd.







GOTONG ROYONG WAKAF SIMPANG BEKOH

8 Julai 2012 - Memandangkan bulan Ramdhan tang bakal tida kami telah menganjurkan gotong royong membersihkan tanah wakaf di sini. Alhamdulillah sambutan amat baik...Kaum wanita juga turut serta..

Terima kasih kepada yang telah menyumbang makan dan minuman untuk program ini...






Friday, July 27, 2012

AGM MAYC Kebangsaan kali ke 52

7 Julai 2012 - Saya bersama 14 orang perwakilan yang lain dari MAYC Jasin telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan bertempat di Wisma Belia, KL. Majlis tersebut berjalan dgn lancar dan Presiden baru telah dilantik pada malam tersebut iaitu Sdr. Hasri dari negeri Kedah.

Moga MAYC Kebangsaan akan terus gemilang pada masa akan datang...



Thanks MGBD Jasin, MGBM n MAYC Melaka

Terima kasih kepada MGBD Jasin, MAYC Melaka dan juga MGBM yang sudi hadir ke rumah melawat kami sekeluarga...
MGBM dan MAYC Melaka

MGBD Jasin

LISUS PIALA YDP MPJ JASIN

17 Jun 2012  - MAYC Simpang Bekoh telah menghantar 3 regu sepak takraw dan 1 pasukan bolajaring ke pertandingan Liga Sukan Untuk Semua merebut Piala YDP Majlis Perbandaran Jasin.

Alhamdulillah regu C kami telah mendapat Naib Johan dan pasukan bolajaring tewas di peringkat kumpulan...SYABAS anda semua...

Pasukan Bola Jaring kami

Regu C - Naib Johan

SUMBANGAN KEPADA AHLI YG JATUH GUNUNG LEDANG

12 Jun 2012 - Atas keprihatinan kami sebagai badan yang menjaga kebajikan ahli, satu lawatan dan sumbangan diadakan terhadapa ahli kami yang jatuh di Gunung Ledang tempohari.

Alhamdulillah mereka sudah beransur pulih...

Sumbangan kepada Rushdie
Sumbangan kepada Idris

RESCUE @ GUNUNG LEDANG

7 Jun 2012 -  Saya bersama 5 orang ahli telah  bergegas mendaki Gunung Ledang bagi menghulurkan bantuan kepada 2 orang ahli yang terjatuh di atas gunung. Walaupun perit namun bagi manjaga kebajikan ahli kami terpaksa menggaghkan diri juga. Walaupun mengalami kecederaan yang agak serius namun segala proses membawa magsa turun berjalan dengan lancar,...

Alhamdulillah mereka telah dibawa ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan...


 Antara babak membawa mangsa turun ke kaki gunung

TAHNIAH SU MAYC KAWASAN JASIN

3 Jun 2012 - kami seramai 5 orang telah pergi ke majlis perkahwinan SU MAYC Jasin, Ahmad Faizal Ahmad Halimi yang terletak di Merlimau. Alhamdulillah walaupun lewat kerana banyak program namun sampai juga.


Tahniah Faizal dan Isteri...


Moga kekal sepanjang hayat...

KOMPANG WARISAN DI DUA RUMAH SEHARI...

3 Jun 2012-Alhamdulillah pasukan kompang kami telah mendapat 2 tempahan sehari. Walaupun bergegas namun semuanya dapat berjalan dengan lancar....

Thanks for your commitment.....

Di kampung Chabau

Di Kampung Abbey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...