Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Sunday, December 20, 2009

TAHNIAH REGU EMAS MAYC SIMPANG BEKOH

Sekalung Tahniah diucapkan pada Regu Emas Persatuan Belia MAYC Spg Bekoh kerana telah berjaya menjadi Johan di Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Parlimen Jasin yang telah berlangsung pada 19 Disember 2009 bertempat di Dewan Datuk Hj Ahmad Ithnin, , Merlimau Jasin. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Melimau Tengah dan telah berjaya menarik sebanyak 34 pasukan yang hebat dari parlimen Jasin.

Walaupun dibarisi pemain yang begitu muda iaitu , Muhd Halim bin Abdullah, 17 ,Muhd Afif bin Nor Rizan, 17, Muhd Zaid Nor Rizan, 18 dan Muhd Firdaus bin Zulkifli, 19 tetapi mereka berjaya menewaskan pasukan lain yang rata-rata lebih pengalaman dari mereka. Pada perlawanan akhir regu dari MAYC Simpang Bekoh telah bertemu dengan regu dari Pemuda Merlimau dan perlawanan tersebut dimenangi oleh regu dari MAYC Simpang Bekoh dengan 21-18 dan 21-17 seterusnya membawa hadiah piala pusingan, piala iringanl serta wang tunai berjumlah RM 600. Perlawanan akhir tersebut berakhir pada jam 11.45 malam. Hadiah telah disampaikan oleh En. Jazlee bin Pit selaku Setiausaha Pergerakan UMNO Bahagian Jasin merangkap Penghulu DUN Bemban.


BERIKUT ADALAH ANTARA AKSI-AKSI MEREKA....

Aksi Pemain sebelum perlawanan.

Libasan yang digeruni oleh pihak lawan.

Libasan maut.....

Servis kuda....

Servis tekong yang digeruni..

Pemain bersama pengurus dan jurulatih pasukan.

Gambar pasukan yang berentap di perlawanan akhir.

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin, En. Jazlee Pit.

Hadiah yang dimenangi oleRegu Emas. Bersama Jurulatih dan pengurus.

(pemain: duduk dari kiri, Muhd Afif bin Norizan, Muhd Zaid bin Nor Rizan, Muhd Halim bin Abdullah dan Muhd Firdaus bin Zulkifli.Pungurus: Berdiri berbaju Oren, En. Asrul Khan. Jurulatih:Berdiri, Berbaju merah;En. NorRizan dan bertopi merah; En. Abd. Latif)

SEMINAR KEUSAHAWANAN DAN PEMBIAYAAN USAHAWAN BUMIPUTRA


Seramai 2 orang ahli dari persatuan ini telah menghadiri Seminar Keusahawanan dan Pembiayaan Untuk Usahawan Bumiputra yang telah berlangsung pada19 Disember 2009 di Hotel Seri Impian, Bandar Jasin . Seminar ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Seminar ini telah dirasmikan oleh Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah selaku Ahli Parlimen Jasin. Ceramah yang telah disampaikan adalah dari beberapa agensi kerajaan dan bank seperti MARA, TEKUN, Agro Bank, Bank Rakyat dan AM Bank. Tahniah kepada ahli persatuan ini yang berjaya menghadiri seminar ini. Semoga anda dapat menggunakan ilmu yang didapati untuk pembangunan usahawan melayu.

Friday, December 18, 2009

AGM MAYC Kawasan Jasin.

Mesyuarat agung Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Jasin telah diadakan pada 29 November 2009 bertempat di Balairaya Kompleks Sukan Kg. Tedung, Merlimau. Ianya bermula jam 9 malam dan tamat jam 1145 malam. Turut hadir ialah En. Azman bin Abdullah selaku Pengerusi MAYC Negeri Melaka..


Berikut adalah Jawatankuasa MYYC Kawasan Jasin.

Pengerusi Tetap : Zulkarnain Jahaya
Pengerusi : Zulhafni bin Mad Rais
Timbalan Pengerusi : Asrul Khan bin Sher Jang Khan
Naib Pengerusi 1 : Abdul Latif bin Arshad
Naib Pengerusi 2 :
AJK:
  1. Seri Hati bin Hamid
  2. Mohd Helmi bin Abdullah
  3. Omar bin Bakar
  4. Sansul Akmar Zam Zam
  5. Shah binn Said
  6. Mohd Hafiz Mad Nor
  7. Ramli bin Johari
  8. Azmi bin Idris
  9. Hairuddin bin Abu Bakar
  10. Halim bin Tahir
  11. Ghazali bin Ahmad
  12. Mohd Hisyam Saleh
  13. Amir bin Mamat

Thursday, December 17, 2009

Sambutan Hari Raya di Persatuan Belia Tunas Harapan, Felcra Lembah Kesang.

Gambar semasa menghadiri majlis Sambutan Hari Raya di Persatuan Belia Tunas Harapan, Felcra Lembah Kesang. Dari kiri: saya la tu, En Abd. Latif, Uncle John dan En. Zulkarnain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...