Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Tuesday, September 14, 2010

LAWATAN KE PROGRAM BUBUR LAMBUK PETALA

22 Ogos - Setelah selesai menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut di bazar ramadhan, saya bersama AJK yang lain terus ke Kg. Tehel untuk melawat program bubur lambut yang dijalankan oleh Persatuan Belia (MAYC) Tanjung Labuh (PETALA)

Satu program yang bagus dan harus diteruskan setiap tahun..

TAHNIAH PETALA..................




PENYERAHAN BANTUAN MANGSA RIBUT OLEH MAYC JASIN

22 Ogos - MAYC Jasin telah menyampaikan baki sumbangan mangsa ribut tersebut di bazar ramadhan Jasin. Saya bersama beberapa AJK MAYC Jasin telah turun untyuk menyampaikan sumbangan tersebut.

Rasa sayu dan pilu bila mendengar cerita yang sebenar dari mangsa-mangsa tersebut. Al-Fatihah ke










KONVOI BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT BAZAAR RAMADHAN

21 OGos - Satu konvoi dari MAYC Melaka telah datang ke Jasin bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa ribut di bazar ramadhan yang lalu. Konvoi tersebut telah dilepaskan oleh YAB Dato Sei Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka di kediaman beliau, Seri Bendahara pada jam 11.30 malam..

Kami MAYC Jasin telah membantu dari segala persiapan untuk ke rumah mangsa tersebut....
Tahniah kepada semua yang turut serta...






Add Image

Wednesday, September 8, 2010

KIBAR JALUR GEMILANG

14 Ogos- Ramadhan telah tiba...SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA....
Walaupun Ramadhan telah tiba namun Persatuan kami tetap membuat program kerana bagi kami bulan puasa bukanlah penghalang untuk kami menabur jasa dan bakti pada masyarakat.

Pada tarikh tersebut jam 10 malam kami telah bersepakat untuk mengibarkan jalur gemilang disekitar Simpang Bekoh bagi melahirkan rasa bangga akan kemerdekaan yang telah kita kecapi.

Sebanyak lebih seratus bendera dan juga banting telah digantung di sekitar kampung. Hampir 25 orang ahli belia telah turun membantu menjayakan program ini..Syabas dan tahniah kepaa semua yang hadir...

"1 Malaysia Menjana Transformasi"









GOTONG ROYONG DI TANAH WAKAF

08 Ogos- Satu gotong royong telah diadakan di tanah wakaf simpang bekoh bermula jam 5 petang. Program ini diadakan bagi menyambut bulan ramadhan yang bakal menjelang. Lebih kurang 20 ahli belia telah hadir..

Sesungguhnya usaha murni kalian semua hanya Allah sahaja yang membalasnya..

"Dari tanah kita dijadikan dan kepada tanah juga kita dikembalikan"...

sama-sama kita renung dan hayati...





Tuesday, September 7, 2010

MESY. J/KUASA MAYC SIMPANG BEKOH KALI KE 3/2010

6 oGOS - Mesyuarat J/kausa MAYC Simpang Bekoh telah diadakan pada jam 9 mlm bertempat di bilik gerakan persatuan. Antara hal yang dibincangkan adalah program gtotng royong di tanah wakaf serta aktiviti semasa bulan ramadhan yang akan menjelang kelak.

Tahniah dan syabas kepada semua yang hadir..Anda memang belia yang hebat.................





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...