Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Sejarah

Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh telah ditubuhkan pada 14 Oktober 2003 yang bernombor pendaftarannya adalah 1548-03-8 dan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan, Malaysia. Atas usaha beberapa rakan, Khuzairi, Asrul , Latif, Hafiz dan beberapa lagi yang inginkan belia-belia di sini berpersatuan maka telah wujudlah Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh ini. Pada mulanya hanya seramai 29 orang sahaja yang telah mendaftar sebagai ahli. Namun saban tahun penambahan ahli semakin meningkat.

Pengerusi pertama persatuan ini adalah Sdr. Khuzairi bin Hj. Mazelan. Beliau memegang jawatan ini selama 3 tahun dan seterusnya meyerahkan jawatan tersebut kepada En. Abd Latif sehinggalah sekarang.Beliau terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana telah bertukar tempat kerja di utara semenanjung. Terima Kasih kepada En. Abu Bakar Sudi selaku Pengerusi MAYC Kawasan Jasin pada ketoka itu serta Pn Mastura dan suami serta semua rakan-rakan yang membantu menubuhkan persatuan ini.

Aktiviti yang pertama dijalankan merupakan gotong royong tanah perkuburan seterusnya Program yang agak besar iaitu "Program Cuci Kereta dan Keselamatan Jalan Raya" bertempat di Zul Car Wash. Turut hadir YB Datuk Ramlah bin Abbas selaku ADUN Rim pada masa tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...