Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Monday, December 12, 2011

KEJOHANAN BOWLING MAYC SIMPANG BEKOH



Syarat2 / Format Pertandingan;
  1. Terbuka kepada ahli MAYC Simpang Bekoh dan kawasan berhampiran sahaja.
  2. Berumur diantara 16-40 tahun
  3. Pemain bukanlah dikalangan pemain professional.
  4. Pemain akan bermain sebanyak 2 game sahaja.
  5. Pemenang akan dikira melalui jatuhan pin tertinggi.
  6. Dua kategori dipertandingkan:
    Acara Terbuka Lelaki
    Acara Terbuka Wanita
  7. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 15 seorang.
  8. Setiap pemain dikehendaki membawa stokin sendiri.
  9. Hadiah:
    Johan : RM 50 + Piala + Hamper
    N/Johan : RM 30 + Piala + Hamper
    Ketiga : RM 20 + Piala + Hamper
    Ke 4 - 5 : Piala + Hamper
    Ke 6 - 10 : Hamper
  10. Pemain hendaklah mendaftar setengah jam awal dari masa yang ditetapkan.
  11. Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 18 Disember 2011.

Sila dapatkan borang segera di sini



atau download di sini yeee...



Kompang Warisan @ Hj Abu Bakar home

27 November 2011 - Kompang Warisan di rumah Pengerusi JKKK Simpang Bekoh, Tn Haji Abu Bakar bin Ahmad yang melanagsungkan perkahwinan anak lelakinya..

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...


Saturday, November 26, 2011

Kendarat dan Kompang Warisan di rumah En. Amri

26 November 2011 - Pasukan kendarat dan kompang warisan MAYC Simpang Bekoh sekali lagi telah mendapat tempahan sempena musim cuti sekolah ini.. Majlis perkahwinan anak perempuan En Amri yang tinggal di Taman Bekoh Jaya yang turut dihadiri lebih kurang 3000 jemputan.

Alhamdulillah segala berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Kira-kira 45 orang ahli turut menyertai pasukan kendarat dan kompang tersebut.. Tahniah dan Syabas pada semua.. :)



Sebahagian Lagu Bunga Hati

Kompang Perang


Friday, November 25, 2011

Program Khidmat Masyarakat dan Jejak Warisan Sejarah, MAYC Kawasan Jasin

18-20 November 2011 -Seramai 20 orang dari badan gabungan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Jasin telah menyertai Program Bakti Masyarakat dan Jejak Warisan Sejarah di Kabupaten Bentan dan Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Indonesia. Program ini telah dianjurkan bersama oleh oleh Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Jasin, Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh dan Seketeriat Dunia Melayu Dunia Islam.

Program yang julung kalinya dibuat di luar Negara ini bertujuan ntuk menyampaikan sumbangan di Masjid Al Zihad di kampung Bintan Berkapur, dan juga bertujuan untuk menjejak warisan sejarah di sana.

Program ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Majlis Belia Kepulauan Riau di mana sambutan yang diterima sungguh menakjubkan. Mereka sangat menghormati tetamu dan melayan peserta dengan begitu baik.

Peserta telah dibawa melawat Gunung Bentan yang banyak tertera sejarah berkenaan Laksamana Bentan. Selain itu juga perserta dibawa melawat makam Kerabat Tun Teja, Makam Raja Ali Haji serta tempat tempat bersejarah yang lain.

Pada keseluruhannya, lawatan ini adalah cukup bermanfaat untuk peserta program dan kita percaya ini akan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Melaka dan Tanjung Pinang kerana terdapat banyak sejarah yang boleh diteroka seperti melawat Kota Gurindam, Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat untuk melihat kesan sejarah Melayu dan perkembangan Bahasa Melayu seperti Gurindam 12 oleh Raja Ali Haji.

Tambahan pula terdapat sebuah masjid yang diperbuat dari putih telur dan dibina tanpa menggunakan sebatang besi iaitu Masjid Raya Sultan Riau. Selama ini mungkin kita hanya membaca buku tentang perkara tersebut tetapi apabila dapat melihat sendiri peninggalan sejarah tersebut ianya sangat bermakna.

Turut menyertai program tersebut adalah En. Abu Bakar bin Md. Sudi, Kordinator Biro Belia Dunia Melayu Dunia Islam, En. Muhammad Bakhtiar bin Raihan, AJK Biro DMDI, Ahli Jawatankuasa MAYC Kawasan Jasin serta wakil kelab gabungan MAYC Kawasan jasin.


Ketika di Jeti Setulang Laut dan Jeti Tanjung Pinang


Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Majlis Belia Kepulauan Riau


Dihadapan Hotel dan gambar di kaki Gunung Bentan


Menyampaikan sumbangan di Masjid AL Zihad kampung Bentan Berkapur


Menyampaikan cenderahati kepada ketua kampung Bentan Berkapur


Suasana di Pantai Lagoi...Tersangatlah cantik


Yang baju hitam adalah Waris ke 13 Hang Tuah di makam kerabat Tun Teja


Makam Raja Ali Haji yang terkenal dgn Gurindam 12


Di hadapan Kompleks makam


Di hadapan Masjid yang diperbuat dari putih telur, Masjid Sultan Riau.


Kompang Warisan dan Kendarat MAYC Simpang Bekoh @ En. Md Diah home..

12 November 2011 - Pasukan Kompang Warisan dan Kendarat MAYC Simpang Bekoh telah mendapat tempahan di Majlis Perkahwinan anak perempuan En Md Diah. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan hujan yang agak lebat namun semua kerja dan tugasan yang diberikan berjaya dilaksana dengan jayanya..

Terima Kasih kepada semua yang terlibat.... SYABAS......

Korban Kelompok MAYC Simpang Bekoh 2011

06 November 2011 - Alhamdulillah tahun ini MAYC Spg Bekoh telah berjaya menganjurkan sendiri korban kelompok yang khas untuk ahli2 belia..Sebanyak 2 ekor telah berjaya dikorbankan pada hari raya AidilAdha yang lalu dan 1 ekor lagi milik keluarga En Latif. Kira-kira seramai 50 ahli belia dapat dikumpulkan semasa majilis korban tersebut dan hasil semangat kerjasama dan gotong royong 3 ekor lembu tersebut telah berjaya diselsaikan dalam masa 2 jam lebih sahaja.

Para peserta bahagian kebanyakannya terdiri dari ahli belia sendiri dan mereka telah memulakan bayaran dari bulan Februari sehingga Oktober. Syukur kepada Allah kerana hasil korban yang kami anjurkan semua penduduk dapat merasa daging tersebut. Moga usaha murni ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.


Thursday, October 27, 2011

Mesyuarat AJK Kali ke 6/2011

Kepada semua AJK dimaklumkan Mesyuarat AJK Kali ke 6/2011 akan diadakan pada ketetapan
berikut.
  • Tarikh : 28 Oktober 2011 (Jumaat)
  • Masa : 9 malam
  • Tempat : Bilik Gerakan Belia MAYC Simpang Bekoh
Agenda
  1. Ucapan Pengerusi.
  2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.
  3. Bangkitan minit
  4. Membentang laporan kewangan berakhir 30 September 2011
  5. Laporan Aktiviti sehingga Oktober 2011
  6. Laporan Kompang dan Kendarat
  7. Korban Kelompok
  8. Lawatan Ke BEDUMA
  9. Hal-hal lain.

Kehadiran amatlah diharapkan untuk sama2 bangun serta majukan belia kita...

BELIA KITA TANGGUNGJAWAB KITA ....

Wednesday, October 12, 2011

Kursus Pembuatan Simen Fero dan Kursus Masakan (Kek)

Satu Kursus Pembuatan Simen Fero dan Kursus Masakan (Kek) telah dianjurkan bersama oleh KRT dan MAYC Simpang Bekoh pada 8 dan 9 Oktober yang lepas. Kursus ini telah mendapat kerjasama Kolej Komuniti Selandar di mana segala peralatan dan bahan-bahan kursus dibawa oleh mereka.

Moga selepas ini, semua peserta kursus dapat memparktikkan sendiri apa yang telah dipelajari sepanjang 2 hari tersebut. Majlis penutup kursus tersebut telah dirasmikan Timbalan KRT Simpang Bekoh, En Rosli bin Ibrahim. Turut hadir Setiausaha JKKK Spg Bekoh, EN Abd Halim bin Ghani.

Siapa2 yg ingin menempah kerusi simen fero boleh lah tempah dengan kami yee.....harga boleh bincang.....:))

Photobucket




Monday, October 3, 2011

Rumah Terbuka MAYC Simpang Bekoh 2011

24 September 2011 - Majlis Rumah Terbuka MAYC Simpang Bekoh telah dijalankan dengan meriahnya. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Alamanda Jasin di mana dibuat khas untuk seluruh ahli2 belia yang telah bertungkus lumus membantu menjalankan serta melaksanakan segala aktiviti persatuan. Turut hadir pada malam tersebut adalah YB Adun Kawasan Rim, En Mohd Yazed binn Khamis, Pengerusi MAYC Jasin, Zulhafni Mohd Rahis, Pengerusi JKKK Spg Bekoh, Hj Abu Bakar bin Ahmad seta SU JKKK, Abd Halim Ghani.

Tahniah dan syabas kepada semua yg dapat hadir. Moga Tahun depa kita akan adakan di tempat lain pula.

Turut diumumkan pada malam tersebut :

TOKOH BELIA MAYC SIMPANG BEKOH 2011 (Azman b Idris)

ANUGERAH BELIA HARAPAN 2011 (Mohamad Najib bin Tambi)

PAKAIAN TERCANTIK LELAKI (Mohd Faizil)

PAKAIAN TERCANTIK WANITA (Samsiah Ibrahim)

Gambar bersama YB Dun Rim (Mohd Yazed bin Khamis)


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...