Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Tuesday, November 18, 2014

Anugerah Remaja Perdana 2014

Alhamdulillah Tahun ini seramai 15 orang ahli kami menerima pingat Gangsa dan 2 orang menerima Emas ARP 2014. Majlis penyampaian tealah disampiakan di Kolej Yayasan Saad, Ayer Keroh, Melaka






Monday, October 6, 2014

Korban Kelompok 3.0

5 Okt 2014 - Korban Kelompok kami bagi tahun ke 4 berturut - turut berjalan dengan lancar. Alhamdulillah tahun ini 4 ekor lembu telah dikorbankan. Sokongan dari masyarakat kampung juga amat baik..Teruskan usaha yang murni ini.






Monday, September 22, 2014

Kompang Kami lagi

13 Sept 2014 - Kumpulan Kompang Warisan kami di rumah En Rahim..Pakai baju baru ni.. :)

 
 

Wednesday, August 27, 2014

Kibar Jalur Gemilang

27 Ogos 2014 - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini kami juga tidak ketinggalan untuk sama2 menghiasai kampung kami dengan Jalur Gemilang. Alhamdulillah sebanyak 200 batang buluh telah berdiri tegak di kampung kami dengan Jalur Gemilang.
Terima kasih kepada semua yang membantu.





Tuesday, August 5, 2014

Penyampaian Cenderahati Raya kepda AJK

3 Ogos 2014 - Satu majlis penyampaian duit raya serta kuih raya kepada semua ajak kami.. Moga dengan sedikit sumbangan dari kami dapat menceriakan hari raya tuan puan.


 
 
 
 
 



Tuesday, July 22, 2014

Semarak Kasih Ramadhan 3.0

19 Julai 2014 - Alhamdulillah masuk tahun ke 3 kami anjurkan program ini. Seramai 22 Fakir dan warga emas serta 11 orang anak yatim diberikan duit raya dan barangan dapur untuk program ini..Terima kasih kepada semua penyumbang. Moga sedikit sumbangan dari kami ini dapat memberikan kegembiraan buat semua penerima..







Tuesday, July 15, 2014

Big Screen Final Piala Dunia 2014

14 Julai 2014 - Sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2014, kami menagnjurka tayangan big screen di hadapan PIB kami. Bermula jam 12 tengah malam, turut hadir adalah YB ADun Kawasan Rin, Datuk Hj Ghazale Muhamad.

Pada jam 3 pagi kami mula bersahur dan makanan telah ditaja oleh ahli yang yang mahu namanya dirahsiakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tamat jam 6.30 pagi.
Kepada penyokong Germany, Tahniah la korang sebab Germany menang !!!!





Sunday, June 22, 2014

Gotong Royong Ambang Ramadhan

22 Jun 2014 - Seperti tahun-tahun lepas, menjelang bulan Ramadahn kami kan menganjur gotong ryong membersikan tanah perkuburan Islam. Tidak ketinggal juga tahun ini di mana lebih ramai penglibatan masyarakat berbanding tahun lepas.

Bermula jam 830 pagi dan berkhir kir-kira jam 12.30 tengahari. Moga apa jua yang dilakukan ,mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T







Kursus Kek dan Pastri

14-15 Jun, 21-22 Jun 2014 - Persatuan kami bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri Melaka telah menganjurkan kursus kek da pastri selama dua minggu. Peserta diberikan latihan cara-cara membuat kek serta pastri selama 2 minggu kursus tersebut.

Apa yang membanggakan adalah guru yang mengajar adalah ahli kami sendiri dan semua peserta tidak dikenakan sebarang bayaran. Moga ilmu yang didapati dapat dipraktikkan yee...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...