26 November 2010-Seramai 40 orang warga belia MAYC Jasin telah pergi ke perarakan Perhimpunan Belia Sedunia bertempat di Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir. Bertolak pada jam 8 pagi dan tiba jam 9 pagi. Warga MAYC yang terlibat merupakan dari MAYC Chohong, MAYC Chabau dan MAYC Spg Bekoh...
24 November 2010-Saya bersama JKKK Spg Bekoh beserta dengan YB Yazed telah pergi menziarah seorang warga Simpang Bekoh yang telah meninggal dunia akibat kemalangan di Pekan Simpang Bekoh. Kami warga MAYC Simpang Bekoh merakankan takziah kepada keluarga mendiang yang juga merupakan ahli JKKK Spg Bekoh ....
17 November 2010-MAYC Simpang Bekoh telah dipilih untuk melaksanakan korban kelompok anjuran JBS, MGBD dan MAYC Jasin. Seekor lembu telah dibahagikan untuk MAYC Jasin dan majlis korban tersebut telah dilaksanakan di rumah En Latif. Hampir 40 orang ahli belia turut hadir pada majlis tersebut.
Turut hadir, YB DUN Rim, En Yazed bin Mohd Khamis, En. Nizam (Pengerusi MGBD Jasin), En Azman (Pengerusi MAYC Melaka), En Shahrom (SU MAYC Melaka), Zulhaafni (pnegerusi MAYC Jasin) serta beberapa lagi rakan belia di dalam Jasin dan juga negeri,. Daging tersebut telah diagihkankan kepada warga fakir miskin, tuan bahagian lembu dan juga kepada penduduk sekitar spg bekoh...
07 November 2010-Saya telah hadir pada majlis penutup Kejohanan Badminton Tertutup DUN Sg Rambai Anjuran MAYC Batu Gajah.
Mewakili MAYC Kaw saya turut berasa sangat berbangga kerana MAYC Batu Gajah dapat menganjurkan satu program yang boleh dikatakan besar juga. Bukan mudah untuk menguruskan sesuatu program sebesar begini...Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Hasan Rahman, ADUN Sg Rambai.
31 Oktober 2010-MAYC Simpang Bekoh telah menganjurkan Inddor Game tertutup yang bertempat di Bilik Bacaan KEMAS Spg Bekoh. Seramai lebih kurang Peserta turut menyertai pertandingan ini. Acara yang dipertandingkan adalah karom, dart, congkak dan dam.
Bermula jam 4 petang pertandingan dimulakan bagi acara peringkat kumpulan dan bersambung pada jam 8 malam bagi acara separuh akhir dan akhir. Amjlis Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Yazed bin Mohd Khamis, ADUN Rim. Turut hadir Pengerusi JKKK Spg Bekoh, Hj Abu Bakar Ahmad dan juga SU japerun Rim, Abu Supian Abu Samah.
20 Oktober 2010-Mendukacitakan apabila last minute pihak MGBM tak dapat sediakan bas untuk MAYC Jasin ke Stadium Hnag Jebat. Saya sudah berjanji dengan ahli belia seramai 40 orang untuk turut serta pada majlis tersebut. Namun saat2 akhir pihak MGBM berkata bas tak dapat disediakan.
Ada ke patut......!!!!!!
Namun sebagai pemimpin saya harus terima dan terpaksa bertungkus lumus memberitahu kepada ahli belia yang bas ada masalah dan tak dpat bawa mereka ke sana..Betapa frusnya mereka kerana tidak dapat pergi.......
Saya telah pergi bersama 4 orang rakan yang lain ke majlis tersebut atas dasar simpati..Kalau diikutkan malas nak pergi tetapimereka beria-ia sangat nak pergi jadi saya pergi lah juga....
17 Oktober 2010-Seramai 22 orang ahli belia telah turun ke Larian Melaka Maju perngkat Dun Rim. Kami hadir dengan menaiki bas yang turut disertai oleh ahli belia MAYC Chabau. Larian bermula dari Masjid Kelubi dan berakhir di Stadium Jasin.
Seterunua kami menaiki bas semula ke Merlimau Point untuk majlis penutup. Tahniah kepada ahli belia yang dapat cabutan bertuah....