26.12.2010 - Saya bersama beberapa orang rakan MAYC teleh pergi menonton perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di Bukit Jalil. Bergerak pada jam 3 petang namun jalan yang jamp membuatkan sya erkandas lama dan tiba di stadium jam 7 malam.
Tahniah kepada pasukan HARIMAU MALAYA keran menjadi Juara Piala AFF....
18.12.2010 - Pasukan Tarik Tali MAYC Simpang Bekoh sekali lagi berentap di Kejohanan Tarik Tali Maal Hijrah peringkat Daerah Jasin. Ianya berlangsung di Stadium mini Jasin yang turut disertai oleh 11 Pasukan lain dalam daerah jasin. Malangnya mereka tewas di suku akkhir..
Namun disebalik kekalahan, semangat juang mereka memang harus dipuji...SYABAS !!!
17.11.2010 - Saya selaku wakil MAYC kawasn Jasin telah pergi ke program bowling tertutup MAYC Ulu Duyung. Program tersebut telah di adakan di Melaka International Bowling Center, Ayer Keroh.
Syabas dan Tahniah MAYC Ulu Duyung atas penganjuran kejohanan tersebut.
04.11.2010 - MAYC SImpang Bekoh telah menghantar 2 pasukan tarik tali bagi kejohana tarik tali Maal Hijrah Peringkat DUN Rim. Pertandingan telah diadakan di kawasan masjid Kampung Rim.
Tahniah kepada pasukan MAYC Spg Bekoh A kerana dapat tempat ke 2 manakala MAYC B dapat tempat ke 4. Hadiah telah disampaikan oleh YB Yazed bin Khamis (ADUN RIM)
03.11.2010 - Satu mesy khas telah diadakan di MAYC Ulu Duyung bagi membincangkan aktiviti terkini MAYC Jasin iaitu Program Kem jati diri dan Kebajikan MAYC Jasin bertempat di MSN Saujana Asahan. Insya Allah program ini akan dijalankan pada awal tahun 2011.
Sama-samalah kita berdoa agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya...
26.11.2010 - Mesy AJK MAYC Jasin telah dijalankan bertempat diBalai Raya Sungai Rambai Utara (MAYC Pengkalan LAmbak). Mesyuarat tersebut membincangkan hal-hal yang berkaitan belia serta perbentangan aktiviti dari kelab kelab gabungan.
Mesyuarat telah ditanggunhkan pada jam 12.10 tengah malam.