Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Tuesday, April 21, 2015

Rai Hari Polis ke 208

27 Mac 2015 - Keprihatinan terhadap jasa dan pengorbanan polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara, Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh telah menganjurkan satu program bagi meraikan anggota polis di Balai Polis Simpang Bekoh sempena Sambutan Hari Polis yang ke 208

Antara objektif utama tersebut diadakan adalah mendekatkan para belia-belia dengan polis serta turut meraikan bersama Hari Polis tersebut. Ini dapat menunjukkan pada masyarakat yang belia-belia tidak melupakan jasa dan pengorbanan mereka.

Seramai 15 orang  AJK MAYC Simpang Bekoh telah hadir pada program tersebut. Program ini juga diadakan bersempena sambutan Hari Polis yang ke 208 dan mengingatkan  para-para belia sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan.

Program ini bermula jam 5 petang di mana semua AJK berkumpul di Pusat Informasi Belia dan seterusnya pergi ke Balai Polis Simpang Bekoh. Majlis dimulakan dengan suai kenal oleh semua anggota yang di ketuai oleh Sarjan Mejar Zulkiflee bin Othman, Ketua Balai. Seterusnya acara memotong kek dan penyampaian cenderahati oleh Pengerusi kepada ketua Balai.

Sarjan Mejar Zulkiflee bin Othman  berkata, “Sepanjang saya berkidmat dalam polis hampir 35 tahun belum pernah lagi ada masyarakat setempat yang datang ke balai polis untuk meraikan Hari Polis. Justeru itu saya berasa sangat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran ahli-ahli belia Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh ke sini. Sepanjang saya bertugas di sini hampir 5 tahun saya memang sentiasa menyokong segala program yang telah dianjurkan sehinggakan persatuan ini pernah menjadi Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia 2013 Peringkat Kebangsaan




  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...