Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Monday, March 22, 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Seramai lebih kurang 60 peserta telah menghadiri Satu Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Persatuan Belian MAYC Simpang Bekoh. Kursus yang dijalankan ini adalah dengan kerjasama Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka serta Lembaga Madrasah Assyakirin Simpang Bekoh. Para peserta terdiri dari kalangan belia dan juga warga penduduk Simpang Bekoh. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Nor Azam bin Hj Ismail dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Kursus ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada jam 1 tengahari. Sebelum bermula para peserta telah diberikan senaskah fail beserta alatan tulis, buku pengurusan jenazah serta nota ceramah dan dimulakan dengan slot teori dan selepas minum pagi dijalankan slot paraktikal.

Majlis penutup kursus ini telah dirasmikan oleh YB Mohd Yazed bin Kamis ADUN kawasan Rim. Turut serta pada majlis penutup tersebut adalah Pengerusi Majlis Al Hidayah Kampung Chabau, Tn Hj Rosli bin Mohd Nor serta Setiausaha MAYC kawasan Jasin Sdr. Mohd Helmi bin Abdullah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...