Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Thursday, June 2, 2011

Program Jasa Bakti Ledang

30 April 2011 - Seramai 48 ahli belia Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh telah menyertai Program Jasa Bakti Ledang yang bertempat di kaki Gunung Ledang, Asahan. Program dua hari, iaitu 30 April sehingga 1 Mei 2011 ini, telah disertai oleh golongan belia sekitar umur 15 hingga 40 tahun. Pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur bagi menjayakan program ini antaranya pertandingan membuat gajet, sukan air, bacaan Yaasin dan Tahlil, ice breaking dan juga jungle trekking ke kawasan air terjun Ampung Jatuh.

Pada hari kedua selepas solat subuh, riadah dan sarapan perserta bersiap untu jungle trekking ke air terjun Ampung Jatuh. Namun ada beberapa ahli yang tinggal di tapak perkhemahan untuk menjaga barang-barang. Pada pulang dari Ampung Jatuh, semua peserta akan mengutip sampah sepanjang trek tersebut kerana inilah yang dipanggil Jasa Bakti Ledang. Sebanyak 8 guni sampah telah berjaya dikutip.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi MAYC Simpang Bekoh, Abd. Latif bin Arshad. Beliau mengucapkan rbuan terima kasih kepada semua urusetia dan ahli yang menghadiri program ini. Turut berlangsung pembahagian hadiah bagi gajet terbaik. Turut hadir pada program ini Pengerusi MAYC Jasin, Zulhafni bin Mohd Rahis serta Penolong Setiausaha MAYC Jasin, Ahmad Faizal Ahmad Halimi.

Kepada semua ahli yang turut serta......SYABAS DAN TAHNIAH...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...