Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Saturday, January 28, 2012

Program Muhibbah Belia MAYC Simpang bekoh bersama keluarga Pn Hjh Azizah bt Hj Ihsan

22 Januari 2012 - Satu program yang dianjurkan oleh keluarga Pn Hjh Azizah bte Hj Ihsan bersama Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga dan juga ahli-ahli belia di Simpang Bekoh. Majlis yang berlangsung seawal jam 8 pagi itu dan tamat kira-kira jam 7 malam telah dihadiri oleh seramai 150 ahli keluarga dan juga ahli-ahli belia..

Dikurniakan usia yang panjang dan kesihatan yang baik, Pn Hjh Azizah, pada usia 90 tahun mempunyai 13 anak dan masih boleh mengenal semua cucunya seramai 48 orang dan cicit seramai 6 orang. Beliau juga masih boleh menceritakan pengalaman hidupnya. Beliau gembira dan besyukur kerana ahli keluarganya dapat berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama para belia di Simpang Bekoh. .

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membakar ikan, ayam dan kerang serta pelbagai jenis makanan lain, sukaneka diantara pihak keluarga dan para belia, majlis tahlil dan doa selamat serta persembahan multimedia dari pihak keluarag Pn Azizah.

Saya bagi pihak MAYC Simpang Bekoh ingin merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH pada keluarga beliau kerana sudi mempelawa persatuan ini untuk turut serta menjayakan program tersebut....Syukran Jazilan.......

Ada tahun jumpa lagi yeeee.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...