Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Tuesday, May 28, 2013

Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2013 kategori Pertubuhan Belia

25 Mei 2013 merupakan tarikh keramat bagi persatuan kami kerana telah dinobatkan sebagai JOHAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2013 KATEGORI PERTUBUHAN BELIA. Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak yang turut diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan yang baru Sdr. Khairy Jamaludin di Pentas Utama Festival Belia Putrayaja.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan pada Puan Hjh Salmah, mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka yang banyak membantu kami ke arah kejayaan cemerlang ini. Tidak lupa juga Sdr Azizul, Pegawai Belia dan Sukan Melaka, Pn Runiza, Mantan Pegawai Belia dan Sukan Jasin serta semua yang terlibat dalam membantu persatuan kami sehingga ke tahap ini.

Ianya merupakan satu kenangan abadi yang mungkin tidak ternilai serta tidak dapat dilupakan bagi kami seluruh warga MAYC Simpang Bekoh. Kejayaan manis ini juga adalah satu hadiah istimewa kerana 2013 merupakan genap 10 tahun penubuhan kami.

Banyak halangan dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi untuk ke arah ini...Sedih, duka, kecil hati, merajuk semua ada. Cacian dari masyarakat pun ada..Namun ianya menjadikan kami lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan belia di sini serta dapat membuktikan kami adalah persatuan yang terbaik pada tahun ini..

Semasa berada di pentas dan sebaik sahaja nama persatuan kami diumumkan tiba-tiba rasa sebak dan terharu hadir. Satu perasaan yang sukar digambarkan kerana 10 tahun bukanlah satu masa yang singkat dan inilah yang mampu kami lakukan untuk generasi yang akan datang.. Hendak mengalir air mata semasa dipentas tersebut  namun digagahi juga supaya air mata kegembiraan tersebut tidak mengalir...

Detik-detik Penganugerahan tersebut:

Bersama pemenang kategori individu lelaki dan wanita. Siap sedia untuk rehearsal

Penyokong2 kami dari kampung.. Gambar persatuan kami di pentas utama b4 majlis.

Siap sedia untuk naik ke pentas


Hadiah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan

Bersama mantan Pengarah JBS Melaka

Bersama Pengarah baru JBS Melaka 

Bersama Pengerusi MAYC Melaka dan AJK yang lain

Kami.... sebelum pulang ke Melaka...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...