Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Sunday, December 20, 2009

TAHNIAH REGU EMAS MAYC SIMPANG BEKOH

Sekalung Tahniah diucapkan pada Regu Emas Persatuan Belia MAYC Spg Bekoh kerana telah berjaya menjadi Johan di Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Parlimen Jasin yang telah berlangsung pada 19 Disember 2009 bertempat di Dewan Datuk Hj Ahmad Ithnin, , Merlimau Jasin. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Melimau Tengah dan telah berjaya menarik sebanyak 34 pasukan yang hebat dari parlimen Jasin.

Walaupun dibarisi pemain yang begitu muda iaitu , Muhd Halim bin Abdullah, 17 ,Muhd Afif bin Nor Rizan, 17, Muhd Zaid Nor Rizan, 18 dan Muhd Firdaus bin Zulkifli, 19 tetapi mereka berjaya menewaskan pasukan lain yang rata-rata lebih pengalaman dari mereka. Pada perlawanan akhir regu dari MAYC Simpang Bekoh telah bertemu dengan regu dari Pemuda Merlimau dan perlawanan tersebut dimenangi oleh regu dari MAYC Simpang Bekoh dengan 21-18 dan 21-17 seterusnya membawa hadiah piala pusingan, piala iringanl serta wang tunai berjumlah RM 600. Perlawanan akhir tersebut berakhir pada jam 11.45 malam. Hadiah telah disampaikan oleh En. Jazlee bin Pit selaku Setiausaha Pergerakan UMNO Bahagian Jasin merangkap Penghulu DUN Bemban.


BERIKUT ADALAH ANTARA AKSI-AKSI MEREKA....

Aksi Pemain sebelum perlawanan.

Libasan yang digeruni oleh pihak lawan.

Libasan maut.....

Servis kuda....

Servis tekong yang digeruni..

Pemain bersama pengurus dan jurulatih pasukan.

Gambar pasukan yang berentap di perlawanan akhir.

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin, En. Jazlee Pit.

Hadiah yang dimenangi oleRegu Emas. Bersama Jurulatih dan pengurus.

(pemain: duduk dari kiri, Muhd Afif bin Norizan, Muhd Zaid bin Nor Rizan, Muhd Halim bin Abdullah dan Muhd Firdaus bin Zulkifli.Pungurus: Berdiri berbaju Oren, En. Asrul Khan. Jurulatih:Berdiri, Berbaju merah;En. NorRizan dan bertopi merah; En. Abd. Latif)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...