Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Sunday, December 20, 2009

SEMINAR KEUSAHAWANAN DAN PEMBIAYAAN USAHAWAN BUMIPUTRA


Seramai 2 orang ahli dari persatuan ini telah menghadiri Seminar Keusahawanan dan Pembiayaan Untuk Usahawan Bumiputra yang telah berlangsung pada19 Disember 2009 di Hotel Seri Impian, Bandar Jasin . Seminar ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Seminar ini telah dirasmikan oleh Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah selaku Ahli Parlimen Jasin. Ceramah yang telah disampaikan adalah dari beberapa agensi kerajaan dan bank seperti MARA, TEKUN, Agro Bank, Bank Rakyat dan AM Bank. Tahniah kepada ahli persatuan ini yang berjaya menghadiri seminar ini. Semoga anda dapat menggunakan ilmu yang didapati untuk pembangunan usahawan melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...