Selamat Datang ke Blog Rasmi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh......Blog ini mula di bina pada 17 Disember 2009.......Kami mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ...........Harapan kami agar anda sentiasa menyokong segala aktiviti yang kami anjurkan......Terima Kasih.............

Sunday, October 7, 2012

Takziah buat Pengerusi Kami

15 September 2012 - Hari yang mungkin akan kami kenang sampai bila-bila kerana tarikh tersebut merupakan tarikh pemergian ahli kami yang juga adik kepada pengerusi kami, Abd Latif bin Arshad. Beliau meninggal dalam satu kemalangan yang sangat tragis kerana waktu itu kami sibuk membuat persiapan Rumah Terbuka kami..

 Jam 5.15 petang beliau kemalangan betul-betul di hadapan rumah Latif dan ianya dapat didengari oleh ahli-ahli kami yang sibuk membuat persiapan tersebut. Kami bergegas ketempat kejadian namun Allah lebih menyayanginya..Beliau meninggal ditempat kejadian..

Sebagai satu persatuan yang mengambil berat berkenaan ahlinya, kami tanpa pengetahuan Sdr. latif telah membuat tabung kilat untuk disampaikan kepada ayah kepada Allahyarhamah. Alhamdulillah kutipan amat menggalakkan. Saya mewakali persautan telah menyampaikan sumbangan tersebut...

Sumbangan diserahkan kepada ayah Allahyarhamah, Mat Derus bin Itam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...